Tarikh : Tuesday, April 05 @ 06:00:00 PDT
Topik : Artikel

Seperti pilihanraya lepas, calun PKR Ibrahim Bayau hanya mendapat 667 undi sahaja.Apakah Suriati Abdullah mampu untuk menambah undi tersebut?Dengan latar pendidikan cuma setakat sekolah menengah, apakah beliau mampu untuk meraih undi untuk PKR?

Suriati yang hanya berkelulusan sekolah menengah dan Datuk Salleh adalah bekas timbalan menteri dan ADUN serta Ahli Parlimen untuk beberapa penggal siapa lebih layak untuk melawan Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak?
Salleh, 67, yang merupakan dua pupu dengan Taib, telah memberitahu Malaysiakini dalam satu temubual eksklusif tahun lepas bahawa beliau merancang untuk kembali aktif dalam politik Sarawak. Salleh adalah keturunan Melanau dari Oya, yang pernah berkhidmat dengan kerajaan dan pembangkang.
Anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.
Salleh pernah menjadi ahli parlimen dan ADUN di Sarawak untuk banyak penggal. Salleh juga pernah menjadi timbalan menteri pelajaran. -Malaysiakini
http://mykampungku.blogspot.com/