Jumaat, 29 April 2011

Tahniah Pas

PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat walaupun siasatan polis mendapati pelaku dalam video seks yang dikaitkan dengan peimpin pembangkang disahkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, pendirian tersebut berikutan salah laku berkenaan hanya melibatkan seorang individu tanpa perlu dikaitkan dengan parti yang dianggotainya ataupun memberi kesankepada kerjasama gabungan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun menurutnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu membuat keputusan tegas mengenai kedudukan Anwar yang juga Penasihat Parti itu.

"Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tiada masalah, kita boleh terus kekal bersama.

"Kalau benar pelaku berkenaan disahkan sebagai Anwar, ia adalah masalah individu...tidak perlu dikaitkan partinya. Tapi PKR sendiri kena buat keputusanlah tentang beliau," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat mengenai isu video seks yang dikatakan mirip Anwar yang juga Ketua Umum pakatan pembangkang seperti yang didedahkantrio 'Datuk T' kepada sekumpulan wartawan kanan bulan lalu.

Bagaimanapun menurut Mohamad, pendirian berkenaan adalah pandangan peribadi beliau dan bukannya pendirian rasmi PAS.

Namun menurutnya, PAS akan mengumumkan pendirian rasmi mereka melalui Majlis Syura Ulama mengenai perkara berkenaan selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan.

"Apa-apa pendirian rasmi parti hanya akan dibuat oleh Majlis Syura Ulama.

"Buat masa ini kita masih berpandangan isu berkenaan masih bersifat spekulasi," katanya.

Diminta mengulas mengenai pendirian PAS yang mahu menunggu hasil siasatan berhubung kesahihan video seks berkenaan walaupun sebelum ini pembangkang dilihat enggan mempercayai ketelusan siasatan polis,Mohamad Sabu berkata: "Siasatan yang dimaksudkan mestilah dilakukan dengan berwibawa dan adil."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.