Rabu, 6 April 2011

Ustaz sekoh, ngegeh nok jadi wakil rakyat







Matai binuk kaau apah itau, Sik sedar diri nok jadi wakil rakyat. Jawai diak jee, aseng beleem, Da taau diri sien kamah dak angai. Alim taik pusak. Ada cerita nya udah buntin anak orang. Mun benar cerita ya, nya nang sik layak jadi pemimpin.

Gambar di atas ialah merupakan gambar calon pilihanraya bagi DUN Satok dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib bin Johari, yang akan berdepan dengan calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, penyandang kerusi DUN Satok.

Kacak benar Ahmad Nazib. Sekilas pandang, pastinya membuat gadis-gadis tidak tidur malam. Manakan tidak, selain memiliki rupa paras yang kacak, Ahmad Nazib merupakan calon muda AMK dari PKR yang mampu menggugat tokoh politik PBB, Abang Johari.

Ahmad Nazib memberitahu rakyat Satok bahawa dia adalah graduan lulusan Universiti Malaya, lulus hebat dalam jurusan Undang-Undang Syariah, dan merupakan seorang USTAZ di kawasan Satok. Dia mahir membaca ayat-ayat lazim! Begitulah dakwanya.

Selain itu, dia juga meminta rakyat supaya memberikan undi padanya memandangkan dirinya adalah "seorang muslim yang baik", "seorang suami dan ayah yang sangat setia dan baik kepada isteri dan anak-anaknya". Dia suami dan bapa "mithali". Itu kempennya.

Bertuahlah rakyat Satok kerana bakal memperolehi pengganti Abang Jo yang muda, "kacak", berkelulusan tinggi, "alim", "warak", "kuat agama", "setia dan sayangkan isteri", "bapa yang baik" dan "tidak sosial" serta pandai menjaga imejnya sebagai pemimpin yang berpotensi untuk berstatus "anugerah Tuhan"!

Jadi, apa kata orang Satok? Lihat gambar di atas, adakah gadis di sebelahnya itu isterinya? "Alim" dan "warak" sungguh "ustaz" Ahmad Nazib, ya?

Gambar ini diambil dari facebooknya yang sudah di"pusing" sedikit namanya kepada "nazib ahmad dayangku". Sehingga kini, akaun FB itu masih ada gambar ini. Tak tahulah selepas pendedahan ini, "tuan"nya akan padamkan akaunnya!