Satu bengkel telah diadakan oleh sekretariat pada 26 Mei 2011 untuk Adun, MP dan Ketua Bahagian Umno. Dua penceramah telah dibawa dari Putrajaya untuk memberi input baru kepada semua pemimpin Umno di 24 bahagian.
Pada sebelah petangnya bengkel yang sama dikhususkan kepada semua SUK Umno Bahagian dan pengendali portal Umno.
Sayangnya bengkel yang penting dan berguna itu tidak dimanfaat oleh semua bahagian Umno. Jika semua Yb dan semua SUK hadir sudah tentu objektifnya tercapai.
Beruntunglah kepada mereka yang hadir kerana dapat merancang strategi dan membuat persediaan awal menjelang PRU 13.
Kenapa ada yang masih tidur lagi?
Bahagian yang tidak hadir pun ialah kawasan yang dikuasai oleh pembangkang. Secara tak langsung kegagalan untuk hadir kelmarin telah mendedahkan punca kekalahan Umno dalam PRU 12.
Kepada YB yang memaklumkan mereka tidak dapat hadir dengan alasan tak mengapalah, kita boleh terima. Bagaimana mereka yang tidak memberi sebarang respon. Adakah mereka sudah nampak bahawa mereka tidak akan dicalonkan lagi?
Jika benar, mereka tak akan dicalonkan lagi , harap janganlah sabotaj calon-calon yang akan bertanding dalam PRU 13 akan datang.
BN harus menang kerusi Dun dan Kerusi Dewan Rakyat. Tidak guna jika kita menang di Perak tetapi kalah di Parlimena dan sebaliknya.Kita perlu menang dikedua-dua kerusi.
Bagaimana pula dengan saranan YB Dato Ahmad Maslan? Peruntukan sudah diturunkan, buat lah program banyak-banyak.
Bagaimana pula dengan arahan simulasi pilihanraya, Bila nak buat?
Laporan bengkel boleh masuk ke laman portal Umno Larut.