Dulu ramai orang kuat Umno kata, BN kalah bukan kerana pembangkang kuat, tetapi kerana Umno berpecah dan berpuak-puak dalam parti.
Melayu atas pagar berpihak kepada pembangkang kerana percaya dengan media alternatif.
Hari ini Najib bangun mengajak semua pemimpin Umno dan BN guna medium baru. Tetapi ramai yang leka dan tak ambil pot.
Bila PRN Sarawak pembangkang menang banyak, bermakna pembangkang kuat, dan kita terus terkebelakang.
Isu Lynas, siapa yang jawab, hanya Utusan Malaysia saja. Lain-lain agensi diam.
Isu NCR diputarbelit oleh Baru Bian, siapa yang jawab?
Inilah kita yang sikit sebanyak terpengaruh juga dengan pembangkang.
Banyak bukti yang menunjukan ramai orang BN terpedaya .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.