Rabu, 18 Mei 2011

Bok Lokman Munafik

TM memang tak minat pun dengan Bok ini, bukan sekarang tetapi sejak menulis lirik lagu-lagu rock tahun 80an lagi.

Bok ini sombong, bongkak dan rasa dia sorang saja yang pandai, rupa-rupa perangai dia tak berubah sampai jadi ahli Pas. Malah riak dan bongkak makin terserlah sejak jadi ahli wali selipar.

Teringat mulut laser yang suka mencarut dan bercakap yang lucah-lucah kepada artis-artis wanita semasa beliau menjadi jurucakap semasa perlawanan futsal antara artis wanita dan Radio Era. Cerita ni dah lama ia itu masa Perak menentang Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil.

Sekarang dalam Pas pandai pulak mengutuk Fasha Sanda, Maya Karin dan lain-lain artis wanita yang kononnya berpakaian menjolok mata dan mendedah aurat.Bok Lokman lupa mulut nya juga macam celaka bila bercakap , langsung tidak mencerminkan seorang ayah dan seorang suami.

Kali kedua ialah bertembung dengan dia di sebuah hotel , Kehadiran TM ialah untuk melihat Aleycat membuat show secara live, selalu dok tengok dalam tv sahaja. Bob dan beberapa rakan dia duduk dimeja tersebut dan terdapat beberapa gelas berbuih, tak tahu lah sama ada dia pun balun juga.

Nasihat TM mudah sahaja, kalau nak jadi alim ulama pergilah mengaji di mana-mana sekolah pondok. mengajilah untuk tempoh 4  atau 5 tahun. Bila tamat dan rasa dah cukup ilmu di dada, tunailah rukun Islam ke 5.  Balik dari buat haji pergilah ke pejabat agama Islam minta tauliah untuk jadi guru agama. Tak kiralah di Tadika Pasti, Tadika Kemas atau di Pusat Serenti atau mana-mana sahaja .

Tak payah lah jadi kuda tunggangan Pas untuk berceramah dan memfitnah rakan-rakan lama dalam dunia artis. sesungguhkan setiap kata anda mencerminkan sifat anda dahulu.