Ahad, 29 Mei 2011

DAP AKAN RAMPAS DUN PERAK

Lim Guan Eng telah merancang untuk DAP bertanding 33 kerusi DUN Perak. Ini bermakna baki 26 kerusi lagi akan dikongsi bersama oleh PAS dan PKR.

Jika Dap menang kesemua 33 kerusi , Dap akan menubuhkan kerajaan sendiri tanpa perlu mengajak Pas dan Pkr bersama mereka seperti PRU 12 yang lalu.

Strategi Dap ialah untuk memang sahaja, tidak ada istilah 2/3 dalam minda mereka. Ia berlainan dengan BN yang lebih mementingkan menang 2/3.

Kepada orang Melayu di Perak samada penyokong Pas dan Pkr , hendaklah melihat perkara ini dengan mendalam.

Dato Mah Han Soon telah mendedahkan bahawa Dap akan meletakkan beberapa calon Melayu untuk bertanding di Perak. Bagi memastikan kemenangan calon Melayu Dap, LGE akan meletakkan calon tersebut di kawasan majority Cina bagi memastikan objektif mereka tercapai.

War Room Perak perlu menyusun strategi dan membuat headcount untuk menambah undi dan menggagalkan usaha Dap untuk menguasai Perak.

Persoalannya apakah strategi yang dirancang dan disusun oleh War Room Perak untuk menguasai semua kerusi Dun Perak.

Dr Zambry sering menyatakan bahawa BN Perak perlu menang 59 kerusi, tetapi menang 33 kerusi sahajaun sudah cukup bertuah.

Pehin Seri Taib Mahmud betul dalam strategi PRN Sarawak. Walaupun Supp bermasalaah , Taib Mahmud awal-awal telah menyatakan beliau yakin untuk menang 35 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. Keyakinan beliau ternyata benar dengan semua calon PBB menang semua kerusi yang dipertandinkan.