Khamis, 12 Mei 2011

Harapan DAP untuk menguasai kerusi parlimen Sarawak dalam PRU 13



Dap yang berjaya mendapat 12 kerusi Dun di Sarawak senang membuat persediaan untuk menawan lebih banyak kerusi Parlimen yang berjumlah 31 kerusi.

Kini Dap hanya memperolehi 2 kerusi sahaja iaitu di Bandar Kuching dan Bandar Sibu melalui PRK yang lalu.

Dap parti perkauman kaum Cina kini sudah berjaya menambat hati satu kaum sahaja iaitu kaum Cina dan berhasrat untuk masuk ke kawasan pedalaman untuk mencari pengaruh daripada masyarakat bumiputera seperti Iban, Bidayuh, Kelabit, Melanau , Kayan, Kenyah dan lain-lain etnik tempatan.

Bumiputera harus berwaspada dengan tipu helah Dap yang hanya mahukan sokongan untuk parti itu menang sahaja. Mereka tidak akan memperdulikan nasib dan kebajikan masyarakat tempatan seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Dap hanyalah ibarat peribahasa Melayu, manis di bibir sahaja atau menanam tebu dipinggir bibir. Lihatlah apa yang mereka lakukan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Penuh dengan pembohongan dan penipuan. Salah satu tembelang penipuan mereka yang hampir pecah ialah isu penyelewengan yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock. Perlombongan dan penjualan pasir secara gelap.

Berhati-hatilah dan waspada tentang tipu daya mereka. Dap, Pas dan Pkr wajar dinyahkan dari bumi kenyalang.