Selasa, 10 Mei 2011

Kisah dolu dolu

Kotak Rokok 'Tembak'
Satu satunya jenama ketika itu "susu cap junjung"
Tahun 60an orang kampung pergi kedai beli barang bawa raga. Raga biasanya dibuat daripada buluh, bertam atau rotan. Sebelum ke pekan, orang kampung buat perancangan dahulu , apa yang nak dibeli, biasanya setiap barang ditulis atas kertas rokok cap tembak contoh;
  1. beras 1 gantang   tak ingat berapa harga.
  2. gula  1 kati  = 15 sen
  3. minyak nyok (nyior) 1 botol sekati  = 20 sen
  4. roti buku  = 20 sen
  5. minyak gas 1 botol = 10 sen
  6. nyok sebiji = 10 sen 
  7. susu cap junjung  tak ingat berapa harga
  8. dll
mancis atau gores api
Habis shopping penuh bakul raga , jumlah tak sampai RM 5.00. 

Orang kampung biasanya kalau ke kedai barang ialah sebelah petang, pagi hanya ke pasar untuk beli ikan, sayur dan lain-lain keperluan untuk masak tengah hari.  bahan mentah paling murah ialah kerang dan ikan kembong. barang mahal ialah ikan-ikan bersaiz besar, ketam, daging dan ayam . kalau nak masak makan tengah hari sampai malam RM 5 .00 jenuh makan.

Kasut paling glamour "badminton master'
Ini versi kedua, ada lama lagi.
Kalau pergi sekolah pula bawa 20 sen dah cukup. nasi atau beehun 5 sen dan air sirap 5 sen. Nak mahal sikit beli nasi lauk daging baru 30 sen.  Eksesori ke sekolah pula ialah pensel hb 5 sen, pemadam 5 sen, pen BIC 20 sen , pembaris kayu 5 - 10 sen. kotak jometri  helix RM 1.50 sen.  Pen dakwat Hero RM 2.00 Pilot Rm 4.00. Kasut Bata RM 1.99 sen, jika Badminton master tapak hijau dalam RM 3.99 sen. Kasut plastik Fong Keong RM 1.20 lebih kurang.

basikal sport tayar 26 inci
Zaman tu barang murah, tak rasa langsung masalah ekonomi atau barangan naik harga. Kebanyakan orang melayu hidup secara tradisional, berkebun getah, bersawah padi dan berkebun .  Basikal Robin Hood atau Releigh dalam RM 160 atau Rm 200 , memang mahal. Siapa yang ada basikal dianggap mewah. Honda cub mula masuk dan harga hanya beberapa ratus ringgit tak sampai RM 1000.Tu pun tak ramai yang mampu pakai. bukan tak berduit, tetapi tak reti nak naik , nak ambil lesen kena pergi ke bandar besar seperti Taiping atau Ipoh atau Pulau Pinang.
Morris Minor 1100cc boleh start guna engkol

Nak berkereta? Hanya cikgu, kerani dan kaki tangan kerajaan saja yang mampu, Polis dan tentera setakat honda C90 paling hebat. Morris Minor dalam RM 4 000 sahaja.

Lampu  minyak tanah kena guna spirit untuk memulakan api sapa ada glamour habis masa tu

dapur minyak tanah
pelita cimney. kalau duduk dekat boleh luruh rambut, Panas!
Rumah kebanyakan pakai pelita katak, yang berduit pakai lampu pam minyak tanah jenis butterfly.  begitu juga dapur masak, siapa yang pakai dapur minyak memang mewah lah.

Masa ni belum ada gelombang FM, ia hanya bermula pada 20 Jun1975
Dapur gas masa tu dah ada, tapi orang kampung tak berani pakai takut meletop. lagi pun nak tukar ganti gas kena angkut ke pekan. Satu tong dalam RM 4.00 lebih kurang.  Lebih mudah pakai dapur minyak cap Butterfly,

Elektrik hanya di bandar saja, barang elektrik ketika itu boleh bilang dengan jari, antaranya ialah seterika, radiogram, kipas angin syiling dan meja, televisyen yang diperkenalkan tahun 65 kalau tak silap.
Peti ais ,mesin basuh belum masuk lagi...70an baru banyak masuk ke negara bila kilang Sanyo, National dan lain-lain dibina dalam negara.

Cendol Bismilah dan leechekang semangkok baru 20 sen. mee goreng sepingan baru 60 sen. Cukup seronok masa tu.

Bagaimanapun kenaikan harga barang mula berlaku apabila perang Palestine Israel berlaku dalam tahun 1967 dan 1973.

Kesan peperangan ialah harga getah jatuh teruk dan Anwar Ibrahim ketika itu mula buat kacau dengan membela petani dan pekebun getah di Baling, Kedah, setinggan di Salak Selatan kalau tak silap.  Anwar dan Tukar Tiub mula jadi hero rakyat dan mengkritik kerajaan bawah Tun Razak ketika itu. Akibatnya Tun Razak menubuhkan Felda. Anwar and the gang kantoi dah masa tu.
Ganja dan Musik Jalanan

Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim
Senyap sepi Anwar ketika itu dan zaman Hippies mula menular ke Malaysia. Pesta woodstock mula mempengaruhi anak muda. Musik rock dan ganja menjadi keutamaan. Anwar mula menubuhkan Abim dan berjaya memulihkan akidah anak melayu yang hanyut dengan budaya barat. Anwar menjadi semakin popular.  Pas? Masa tu Pas tak ada nilai, hanya orang-orang tua yang ketegaq saja jadi ahli Pas.

bersambung /....