Isnin, 16 Mei 2011

Luahan rasa seorang rakyat bangsa Malaysia yang menolak penghinaan terhadap Melayu dan Umno

Bukan kat penang je. Kat kl pun. Kerja di syarikat milik orang cina (sorry ye orang cina, memang hakikatnya mcm ni), kelayakan sama tinggi dan skillset melayu pun ok tp gaji baru 2,3 ribu. Masuk fresh grad bangsa dia, gaji 3,4 ribu.

Jika kerja di MNC mcm Hp etc, mana2 dept yg HOD cina, tentu advantage lebih pd org depa.

Finally sy give up makan gaji sbb nak keje gov mmg tak minat jadi sy self employed.

Sy bukan 100 % melayu (datuk belah ayah keturunan india, emak pula keturunan bugis + arab)

Namun emak dan ayah sy lahir di tanah melayu & sy lahir di Malaysia sebagai orang Islam.

Arwah ayah berkhidmat dalam tentera sejak awal 70an (masa tu masih ada komunis) hingga thn 90an. Arwah Emak pula jururawat di hospital kerajaan hingga akhir hayatnya. Keduanya berkhidmat untuk kerajaan Malaysia & rakyatnya.

Kami cakap bahasa melayu & makan makanan melayu serta dapat taraf bumiputera.

Saya tetap akan sayang pada Islam, melayu dan bumi melayu yang di kongsi bersama cina, india, serani, iban, bajau, lunbawang, bidayuh & suku kaum lain.

Saya tetap akan sayang parti politik milik orang melayu walau sy bukan politician.

Kerana kekuatan orang melayu ada pada politik. Jika orang melayu hilang kuasa politik, sungguh merugikan anak2 melayu dari keturunan kita pada masa 50 thn akan datang.

Tak usahlah memekik tentang kesalahan yg org lain buat tapi renungkan apa yang kita sumbang untuk Agama, bangsa dan tanah air kita.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.