Isnin, 2 Mei 2011

Menarik dari Kita Gempur tentang Pakatan Haram

PKR-PAS Bergaduh, Pemimpin PAS dok sibuk nak bertanding jawatan dalam parti. DAP makin kukuh...
Date 26/04/2011 04:01 Author beruangsakti Hits 67
Print Pdf Email RSS


PKR melenting apabila PAS enggan menyatakan pendirian mereka tentang isu video lucah kaki bontot junjungan barua-barua PKR. PKR melenting apabila PAS dilihat memilih jalan selamat untuk mengelakkan pengikut mereka lari meninggalkan perjuangan ala-ala islam kononnya. PKR melenting apabila PAS enggan mengikut cakap DAP yang berdiri di belakang PKR menyokong kaki bontot. PKR melenting apabila Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali enggan mengakui video tersebut ialah konspirasi UMNO BN dan PKR melenting lagi apabila kenyataan Ketua Penerangan PKR Pahang Razali Ali menyatakan seolah-olah Mustafa Ali bercakap menggunakan lutut. Kalau pikir logik takkan nak menutuh pelacur Cina pun UMNO BN boleh aturkan. Hebat betul UMNO BN sekarang! Itu cerita pasal PKR melenting.

 
Sekarang cerita PAS pulak melenting. Sebenarnya PAS melenting sikit saja sebab dah jadi satu sejarah sebab parti PAS dah jadi barua kepada DAP dan PKR. Kalau melenting pun sikit-sikit jer. Masing-masing dok sibuk nak bertanding jawatan Presiden dengan Timbalan Presiden. Tengah kemaruk gilakan kuasa. Mana tau PR ke Putrajaya ada harapan jadi Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin PAS yang melenting cuma Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man apabila menyatakan bahawa Parti Jangan Jadi Syarikat Anak Beranak. Jelas ditujukan kepada PKR. Aku tak tau itu kenyataan balas dari siapa ke siapa..dari Pesuruhjaya PAS ke Ketua Penerang PKR Pahang atau sebaliknya. Mana Nik Aziz? tak nak keluar fatwa baru ke? mana Mahfuz? Mana Mat Sabu yang dok sibuk nak jadi Timbalan Presiden? Mana Husam Musa yang berangan nak jadi Presiden Mana Khalid Gereja? Mana Nizar Lambai? Mana Ketua Penerangan PAS? Mana korang? Dok sibuk nak bertanding ke?


Apa yang jelas mereka dok mengata antara satu sama lain. Lebih kurang mcm MCA jugak tapi kenyataan MCA kurang dilayan oleh UMNO sebab dah tau MCA nie ada pun tak apa tak ada pun tak ada..tak mendatangkan untung kepada politik BN. Memang elok PERKASA buat demo depan ibu pejabat MCA.KLIK SINI.

 
Dalam sibuk 2 parti ini bergaduh, DAP sudah berada satu tahap diatas apabila mereka merancang mengadakan pakatan denga SAPP di Sabah untuk PRU akan datang. KLIK SINI. PKR dan PAS dok sibuk mengatak satu sama lain tapi DAP tak ambik pot. Mereka bagi satu kenyataan tak tau lah ikhlas ataupun tak tapi nampak jelas mereka tak berminat nak campur tangan. Persoalannya kenapa DAP cepat mendahului PKR di Sabah? Jawapannya senang, mereka dah nampak bahawa PKR menunggu masa untuk hancur dan PAS tidak langsung boleh memberi impak besar dalam membantu mereka.Kenapa aku cakap hancur? Sebab mahkamah dah disahkan bahawa Lelaki Y adalah junjungan barua-barua politik PKR. DAP dah nampak tanpa kaki bontot tak ada lagi pemimpin de facto dalam PKR.Nak harap Kak Jijah? Tanya jam Omega dah melenting. Nak harap Azmin? Gadai bini boleh lah..

 
Itulah kelebihan DAP dalam Pakatan Rakyat. PAS dan PKR bangga kononnya rakyat dah berubah menyokong Pakatan Rakyat tetapi mereka membodohkan diri sendiri. PR tambah kerusi di Sarawak kerana DAP bukan kerana PKR atau PAS. Aku puji UMNO yang kurang melayan kenyataan MCA. Ada bijaknya UMNO dalam hal nie tetapi jangan ambil mudah. Bekerja kuat seolah-olah esok adalah pilihanraya. Itu kata-kata yang aku petik dari seorang pemimpim UMNO sendiri.

Sesi turun padang PM dan TPM ke seluruh negera sudah hampir ke penghujung. Aku yakin selepas selesai road tour ini, bersiap sedialah untuk kita mengundi. Media perdana harus berperanan dalam pergaduhan antara PAS dan PKR ini. Jangan tapis setiap apa kenyataan pemimpin mereka. Biar mereka mepersoalkan pendapat masing-masing. Dalam diam mereka memperbodohkan diri sendiri. Tahniah Mustafa Ali Tahniah Tuan Ibrahim Tahniah Azmin Ali dan Tahniah Razali Ibrahim. Korang memang hebat!!!