Rabu, 4 Mei 2011

Nasi lemak bukan punca obesiti: Mohd Puad

GOMBAK - Isu nasi lemak yang boleh menyebabkan obesiti dalam kalangan masyarakat negara ini masih belum dibuktikan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pelajaran 2, Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, beliau meragui fakta mengatakan nasi lemak menjadi punca obesiti.

"Saya sendiri bertanya kepada pelajar, tiada pun tanda-tanda nasi lemak ini punca kepada obesiti kepada mereka" kata beliau selepas meninjau pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu di kantin sekolah tersebut, semalam.

Katanya, masalah obesiti tidak akan timbul sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Beliau berkata, ibu bapa juga mempunyai peranan mengawal pemakanan keluarga seperti membawa keluarga makan di luar seperti piza dan makanan ringan yang boleh membawa punca obesiti yang lebih teruk .

"Saya yakin garis panduan kantin sekolah juga cukup jelas berhubung penjualan makanan di kantin sekolah dan jawatankuasa kantin perlulah membuat pemantauan supaya pengusaha sekolah kantin mematuhi buku panduan ini," katanya.







Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.