TM agak terkilan membaca luahan rasa seorang blogger dari Lembah Kelang yang dilupakan oleh Umno dalam sambutan 65 tahun hari ini.
Seseorang pernah bertanya kepada TM, apakah peranan blogger dan apakah pihak mereka di atas menghargai sumbangan blogger?
Jawapan yang TM berikan adalah mudah,
"Kami berjuang kerana agama, bangsa dan tanah air, kami tak sanggup melihat negara ini tergadai dan dijajah lagi. Pedulikan dengan Umno, kalau mereka rasa kami berguna dan berjasa, bantu lah kami. Jika tidak ini sahaja yang kami mampu buat. berkarya melalui penulisan kami."
"Umno buat betul, kami sokong dan jika ada individu dalam Umno atau BN buat salah , kami tidak maafkan, mereka wajib dihukum melalui karya dan penulisan kami."
" Blogger seperti kami ini bermula dengan semangat bukan dengan arahan atau longgokan wang supaya kami menulis. Tiada siapa yang jemput kami , tiada siapa yang menyuruh kami, tiada siapa yang melatih kami. "
"Bila kami sudah berjaya, ramai yang hantar sireh pinang. ramai yang jadikan kami seperti Pak Tambang pendayung perahu di Sungai Sarawak.
Hanya diperlukan untuk ke seberang dan kemudahan mereka berulang alik. Susah senang kami tiada siapa yang peduli, Sakit demam kami tanggung sendiri. Nak kena saman pun kami tanggung sendiri. Mereka sudah lupa apabila sampai ke seberang."
" Hari ini blogger diperlukan untuk membantu Umno memenangi pilihanraya kecil , akan datang PRU 13, tenaga kami diperah lagi, mungkin pepatah melayu yang berbunyi habis madu sepah dibuang akan kami lalui."
Sebelum menang dijanjikan bulan dan bintang, selepas menang semua talian telefon akan berbunyi Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan dan mungkin juga akaun twitter, facebook atau
lain-lain tidak dapat ditembusi lagi kerana di block.
Mungkin ada yang takut blogger mohon lesen balak atau mohon tanah atau mohon permit lori, teksi dan sebagainya
"Untuk sambutan 65 tahun ini TM pun tak terima jemputan tetapi apa nak buat, tak kan nak sua muka kalau orang tak jemput"
Okaylah, Jom baca luahan rasa rakan blogger berikut.
Masa susah cari blogger, masa kena balun teruk, cari blogger, masa prk pun cari blogger juga, tapi bila tiba 11 mei, sorang pun pemimpin umno tak ingatkan blogger, kami bukan mintak invitation card pun, tapi sekurang-kurangnya hantar sms pun jadi la.
Aku tau la umno sekarang ni dah kuat, tapi jangan la pulak insan kecil macam kami ni di lupakan terus, kalau ada program tu, cepat je sms sampai, tapi tarikh 11 Mei, satu sms pun kami tak terima, bukan kami mintak vip table pun, umno semakin kuat, kalau tarikh 11 mei pun pemimpin umno tak ingat kat blogger, macam mana la nasib kami kalau umno dapat majoriti 2/3 pada pru akan datang, adakah kami akan di lupakan terus....? nampak gayanya, bergitu lah nasib kami.
Aku memang sengaja tak mau keluarkan posting ni pagi tadi, pasal aku tunggu ada tak pemimpin umno yang selama ni kerap sms kat aku hantar sms untuk jemput kami, tapi dah sampai habis solat isyak, haram satu pun sms jemputan tak di hantar, so aku keluarkan la posting ni, memang betul la, pemimpin umno langsung tak ingatkan kami.
Dipetik dari Darul Edsan Today