Salam Sejahtera.
Projek Sinaran Matahari DAP /DAP Sunshine project telah mengorak langkah menghulurkan bantuan kepada keluarga kurang bernasib baik atau yang dilanda mala petaka tanpa mengira kaum atau memilih bulu atas semangat Pakatan Rakyat yang giat memupuk budaya politik baru.
Hari ini pasukan khidmat DAP Parlimen Beruas yang diterajui oleh YB Dato Ngeh Koo Ham dan YB Nga kor ming turun padang dan memberikan sumbangan peribadi kepada adik Azrul Azraf Zainal Abidin, umur 5 tahun yang mengidap penyakit Talasemia Major yang terpaksa menerima pemindahan sum-sum tulang di Hospital KL. Sumbangan RM500 diserah kepada ibunya, Puan Shakinah Binti Abdul Latif yang tinggal di projek rumah murah Ayer Tawar. Azrul dilanda musibah ketika berumur 2 tahun dan kos perubatan beliau adalah satu beban berat kepada ibu dan ayahnya, Zainal Abidin yang kerja sebagai pemandu lori.
Selain itu, pasukan khidmat DAP turut turun padang melawat keluarga Puan Phang Siew Eng yang merupakan keluarga ibu tunggal dengan 8 orang anak di kawasan Ayer Tawar. Puan Phang bersama dua orang kakak iparnya merupakan buruh kasar dan pendapatan mereka adalah minima dan tidak stabil. Kesemua 11 orang termasuk anak-anak berumur setahun jagung menetap dibawah satu bumbung di rumah murah Ayer Tawar. YB Nga juga memberikan sumbangan RM500 serta barangan keperluan harian demi membantu mereka mengurangkan beban keluarga tersebut.
Bersama-sama ini disertakan berita & gambar tersebut untuk disiarkan supaya lebih ramai warga rakyat yang prihatin dapat tampil ke depan untuk memberikan bantuan. Sesiapa yang berhajat membuat demikian, sila hubungai pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar Tel : 06-6726885/012-5933888 Saudara Phang hing Chong.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
Nga Kor Ming
Ahli Parlimen Taiping/ADUN Pantai Remis DAP
Related posts:
- Memupuk budaya politik baru yang menentang perkauman– Say No To Racism, this is the time now!
- Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan semula pengenaan cukai RM50 ke atas setiap kad kredit mulai 1/1/2010 dan perlaksanaan cukai baru Goods & Sales Tax (GST) supaya tidak membebankan rakyat jelata khususnya ketika Negara masih dalam keadaan kekuncupan ekonomi. Pembatalan subsidi beras, gula dan minyak mulai tahun depan juga jelas akan membebankan rakyat khususnya warga kampung yang miskin.
- DAP minta Mufti Perak nyatakan hukum syarak dan fatwa atas Dato T yang menunjukkan Filem lucah di khalayak ramai
- Nga membidas kumpulan UMNO yang menghina agama Hindu dengan membawa kepala Lembu membuat demonstrasi atas jalan serta membawa sepanduk gambar-gambar pemimpin DAP serta berlagak kencing dimuka pemimpin DAP dikhalayak orang ramai.
- Rakyat harus menolak budaya Bohong BN demi integriti Negara