Assalamu'alaikum
UMNO memang organisasi terbesar yang menaungi kepentingan orang Melayu yang beragama Islam dan juga termasuk kaum Bumiputera daripada pelbagai etnik dan kepercayaan agama.
Bayangkan anda menanam pokok durian atau kelapa, agaknya sudah lama tidak berbuah lagi dan perlu 'di tanam semula'. Pernahkah kita merasa bertuah untuk menikmati hasilnya yang lumayan? Jika sekadar ingin 'makan' buah yang terbiar gugur di atas tanah rasanya sudah cukup kenyang dan terima kasih. 'Pokok-pokok durjana' yang tidak mahu berbuah atau buahnya masam dan banyak yang busuk sepatutnya sudah lama ditebang sahaja pun. Bukan sekadar dicantas!
Setelah lebih separuh abad, selain daripada bersuara lantang, golongan elit yang berkuasa mencanangkan transformasi dengan slogan 1Malaysia yang dipromosikan melalui media arus perdana... apakah kelebihan menonjol yang sepatutnya dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum? Cukuplah sebagai bukti ketidakadilan dan diskriminasi bila kes royalti minyak Kelantan dijadikan isu... secara logiknya cuma orang UMNO Kelantan sahaja yang masih menyokong kerajaan.