Selasa, 31 Mei 2011

PANEL BEBAS PAKAR ANTARABANGSA KAJIAN SEMULA ASPEK KESELAMATAN PROJEK LYNAS YANG DICADANGKAN DI GEBENG, PAHANG

Pembangkang hanya mencari peluang untuk mengheret sesuatu isu untuk kepentingan politik mereka, Fauziah MP dari PKR Kuantan yang sebelum ini tidur lena, tiba-tiba bangun untuk menjadi heroin kepada pembangkang. Bukan setakat membantah tetapi buat buat pulak. Yang tertipu ialah rakyat.

1.Pada 13 Mei 2011, kerajaan mengumumkan perlantikan Panel Bebas
Pakar Antarabangsa bagi mengkaji semula aspek kesihatan dan keselamatan
projek Lynas yang dicadangkan di Gebeng, Pahang. Panel ini dijangka akan
menyerahkan penemuan dan cadangan kepada Kerajaan pada akhir Jun, 2011.
Laporan ini akan dipamerkan untuk rujukan umum.

2. Program kerja panel ini termasuk lawatan ke Malaysia dari 29 Mei hingga 3 Jun,
di mana panel dijangka akan menerima representasi daripada pelbagai pihak
berkepentingan, termasuk orang awam.

3. Sesi perundingan awam akan bertempat di Kuantan dan Putrajaya.

4. Segala usaha akan diambil bagi memenuhi permintaan representasi kepada
panel secara bersemuka.

5. Representasi kepada panel juga boleh dibuat secara bertulis, dan ini adalah
kaedah yang disyorkan bagi pihak yang mungkin tidak dapat hadir di hadapan
panel secara bersemuka.

6. Bahasa yang diutamakan untuk penyerahan representasi secara bertulis adalah
Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, penyerahan juga boleh dibuat dalam Bahasa Malaysia
atau Mandarin.

7. Bagi memudahkan urusan panel pakar , warganegara Malaysia dan organisasi
Malaysia berdaftar yang ingin membuat representasi kepada panel dipohon
untuk mendaftarkan diri dengan Penyelaras, Panel Bebas Pakar Antarabangsa
di alamat berikut:

PENYELARAS
PANEL BEBAS PAKAR ANTARABANGSA (PROJEK LYNAS)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
TINGKAT 12 BLOK 10
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN JALAN DUTA
50622 KUALA LUMPUR
EMEL : coordinator@miti.gov.my