Khamis, 26 Mei 2011

Pemimpin Buta IT

Pemimpin Pembangkang terutama DAP mensasarkan 10 ribu pengundi baru di Kuala Lumpur bagi mengekalkan kuasa politik mereka di Lembah Kelang. Ini kenyataan Tony Pua semalam.

10 ribu pengundi baru adalah mereka yang mula mencapai umur 21 tahun yang membolehkan mereka mengundi. Pada PRU 12 yang lalu, Dap gagal menguasai banyak kerusi Dun dan MP kerana mereka lalai tentang pengundi baru yang merangkumi 36 peratus suara rakyat.

Setelah mendaftar sebagai pengundi baru , parti pembangkang seperti Pas, Dap dan Pkr akan menjaga dan menservis pengundi mereka untuk PRU 13 .

Oleh kerana pengundi baru adalah celik IT maka, mereka harus didampingi dengan IT. Jika dalam PRU 12 yang lalu, Email, Youtube, blog, sms dan facebook mengambil peranan yang cukup besar untuk mengurangkan undi kepada Barisan Nasional.

Sekarang, pengundi muda, rata-rata 36 peratus di bawah 40 tahun adalah generasi yang celik IT dan menggunakan gajet-gajet canggih dalam kehidupan seharian mereka. gajet tersebut seperti I-pad, I-phone, Galaxy tab, Blackberry dan pelbagai lagi .

Segala perisian baru menjadi ekperimen dan medium mereka untuk berkumonikasi. terkini anak-anak muda suka akan 'Tumblr'.  Apa itu 'TUMBLR' .

Kalau tak tahu boleh lah cari tok guru dan belajar dari sekarang jika mahu menang PRU 12.

Berikut ialah petihan dari blog Brave Hearth.