Rabu, 4 Mei 2011

Permohonan Lesen Menjaja MPSJ - KOMEN

Kebanyakan penjaja N/ Lemak atau goreng pisang yang saya tanya ada macam-macam kerenah MPSJ / MPSA untuk kita mendapatkan lesen menjaja. [ saya tak tahu kalau mereka tak cakap benar ] Itu sebabnya kebanyakan mereka tak mempunyai lesen perniagaan, main berani saja.

Penyelesaian biasa mereka adalah: Bagi rasuah / lari ATAU berperang...he he. Biasanya rasuah lah...melalui kaki-kakinya.

DASAR KERAJAAN MALAYSIA:

Saya sangat hairan DASAR KERAJAAN MALAYSIA ...Kenapa mereka tak bagi lesen rakyat susah yang nak mencari rezeki halal? Bila berniaga disaman kerana tak de lesen. Bila mintak lesen tak diberi kerana pelbagai alasan. [ Apa lagi kalau tak der kabel]

Biasa saya nampak peniaga-peniaga ni dikejar-kejar oleh Penguat Kuasa. Kena rampas barang barang dll. INI ZALIM!! Begitu juga hal Permit Teksi dll. Diberi pada syarikat...Syarikat sewakan pada rakyat dengan bayaran cekik darah...ZALIM TU....[ Saya pernah tanya: Sehari sewa RM 50.00 untuk syarikat, petrol sendiri, kerosakan kereta sendiri X 5 tahun kontrak ] Habis kontrak syarikat bagi kita kereta tapi tak der permit....[ Buang kereta lam sungai buat sarang udang jer...] Buat teksi sapu kalau kena saman pun teruk juga...Cam mana lah rakyat nak cari makan...Cam mana jenayah tak meluas...sebab nak makan beb!!!

KALAU ADA MENTERI / PEGAWAI KERAJAAN / PEMBUAT DASAR / DISINI TOLONG FIKIR ELOK ELOK...

memang macam tu..tugas dia orag...habiskan duit ...kerajaan..kalau tak cukup rasuah sana sini..pah tu berlagak pulak tu..konon kononnya kerja kerajaaan..tu baru jadi kerani..kalau jadi pegawai tak tau lah...silap silat kita bercakap dalam off pun kena jerkah..dia tak sedar kita yang jadi bos dia orang..kita yang bayar gaji dia orang apa nak di takutkan...ada rasuah report aje..sebelum report tu tampar dulu muka dia org tu...

Sumber: SIM Yahoo Group