Rabu, 4 Mei 2011

Cadangan Sekolah Sukan: Langkah proaktif gilap atlit





Kerajaan Perak akan berusaha untuk memastikan bidang sukan di negeri itu akan terus berkembang sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Exco Belia dan Sukan, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata cadangan yang kerajaan negeri kemukakan itu adalah antara langkah proaktif dalam memastikan menggilap atlit-atlit berpotensi dikalangan belia.

Zainol yang telah mengadakan beberapa lawatan di beberapa sekolah sukan berasrama penuh di negara ini juga memberitahu initiatif tersebut hanya dapat direalisasikan dengan bantuan peruntukkan dari kerajaan pusat.

Justeru, satu taklimat telah diadakan antara pihak Kementerian Pelajaran dengan kerajaan negeri dalam usaha melancarkan cadangan itu sebelum dikemukakan kepada peringkat pusat.

Setakat ini katanya, Perak antara empat negeri yang masih belum mempunyai sekolah sukan berasrama penuh selain di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Sehubungan itu, cadangan tersebut dianggap sabagai satu langkah terbaik yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan pusat.

“Kita mahu satu lagi keistimewaan wujud di Perak… dan dengan wujudnya sekolah sukan ini ia sekaligus dapat menggilap bakat-bakat atlit muda di negeri ini.

Zainol berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Exco mingguan di Pejabat Menteri Besar di Ipoh.
 
Sumber : Perak Today