Sabtu, 14 Mei 2011

PROJEK BARU PETRONAS




KUALA LUMPUR: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS bernilai RM60.6 bilion (AS$20 bilion) di Johor Selatan dijangka dapat menarik pelaburan langsung asing ke negara ini, selain memperkukuhkan pelaburan swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan projek dan pelaburan baru PETRONAS itu di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, semalam berkata, projek yang akan beroperasi akhir 2016 itu kini pada peringkat kajian akhir keputusan pelaburan PETRONAS.

Katanya, projek RAPID adalah langkah berani PETRONAS kerana ia bukannya projek permulaan (EPP) yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Projek RAPID dijangka mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk penghasilan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel bagi memenuhi keperluan pertumbuhan sektor petroleum selain untuk dieksport.

Projek itu juga membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.

Najib berkata, projek itu akan memperluaskan akses negara kepada teknologi bertaraf dunia serta memudahkan usaha meningkatkan kemampuan perindustrian negara kepada aktiviti nilai tambah tinggi.

“Tambahan pula, projek ini mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan bagi pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor minyak dan gas dan saya yakin projek RAPID akan menyediakan platform untuk generasi baru profesional teknikal membangunkan kemahiran dan kemampuan mereka,” katanya.

BN kerajaan bela rakyat.