Sabtu, 14 Mei 2011

PAS SEPATUTNYA MENAFIKAN BERITA INI

Sejak berita ini didedahkan oleh akhbar media perdana pada Jumaat 13 Mei 2011, Harakah dan media alternatif membisu dan mengenepikan berita ini.

Ia akan menjadi besar dan heboh seandainya kerajaan Kedah ditadbir oleh BN. Ini lah sikap munafik Pas dan dua lagi rakan mereka yang menyembunyikan keburukan dan kelemahan mereka.

Dahulu apabila Selangor jatuh ke tangan 3 serangkai parti buta perut, mereka menghebohkan tentang bangunan BN yang tak bayar cukai pintu di Shah Alam.


SAH, BAHAWA PAS PUN KAKI PENIPU SEPERTI LIM GUAN ENG


2011/05/12
ALOR SETAR: Akibat gagal menjelaskan bayaran RM749,355 kepada sebuah syarikat pembekal peralatan penjimatan tenaga elektrik yang tertunggak sejak 2008, pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air, di sini, disita, hari ini.

Tindakan menyita premis MBAS yang turut menempatkan pejabat Datuk Bandar, Datuk Khazali Din, itu dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari tadi selepas plaintif, syarikat Veecan Management Sdn Bhd (Veecan) mendapat perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar bertarikh 24 Mac lalu untuk menyita dan menjual harta MBAS.
Bagaimanapun, pelaksanaan writ sitaan dan penjualan harta MBAS itu disempurnakan hari ini.
Terdahulu, writ berkenaan diserahkan plantif yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ismail Said bersama peguamnya, Judy Toh serta bailif Mahkamah Tinggi Alor Setar, Hamid Man kepada Khazali.

Hamid kemudian melaksanakan perintah sitaan itu dengan merantai pintu masuk utama pejabat MBAS itu serta meletakkan pita halangan dan menampal notis sitaan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi.

Mengikut writ tuntutan yang difailkan bertarikh 27 Julai 2010, plaintif menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM672,992.47 serta faedah lapan peratus bermula daripada 30 September 2009.

Pada 14 Februari lalu, plaintif mendapat perintah penghakiman engkar pembelaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi berikutan MBAS gagal memberi maklum balas terhadap tuntutan syarikat itu.
Ismail, ketika ditemui, berkata Veecan menandatangani kontrak dengan MBAS untuk memasang alat penjimatan tenaga elektrik di tiang lampu seluruh kawasan pentadbiran bandaraya ini pada 2008.

Mengikut perjanjian, MBAS perlu membayar jumlah penjimatan bil yang perolehi daripada pemasangan alat penjimatan tenaga elektrik itu kepada plaintif sepanjang tempoh lima tahun sebagai pulangan terhadap pelaburan yang dikeluarkan syarikat itu.

Bagaimanapun, katanya, defendan melanggar syarat kontrak apabila gagal membuat bayaran kepada plaintif bermula September 2008 hingga tahun lalu menyebabkan syarikat itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif juga mendakwa sejak tuntutan itu difailkan defendan gagal menjawab tuntutan yang dikemukakan dan berikutan itu pihaknya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita harta pihak berkuasa berkenaan.

Sementara itu, Khazali berkata MBAS akur dengan keputusan mahkamah dan membayar jumlah keseluruhan yang diarahkan mahkamah.

Katanya, MBAS lewat membuat pembayaran kepada syarikat itu disebabkan beliau perlu mengambil masa untuk meneliti tuntutan berkenaan kerana ia membabitkan wang rakyat yang jumlahnya agak besar.

"Tambahan pula, plaintif tidak memenuhi beberapa terma dalam syarat kontrak apabila gagal menghantar invois dan laporan teknikal mengenai peralatan penjimatan tenaga itu setiap tujuh hari bulan pada setiap bulan kepada MBAS," katanya.