Sabtu, 14 Mei 2011

FATWA BARU NIK AZIZ DALAM ISU SEKS PEMIMPIN PKR

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah tak masuk syurga. Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.

"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan mengaibkan itu  tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan video seks ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan atau hapuskan dosa, hendaklah memohon maaf,”

Bagaimana pula dengan tuduhan oleh Pas terhadap DS Najib dan DS Rosmah yang dikatakan membunuh Altantuya?

Bagaimana pula dengan tuduhan Mat Sabu yang menyatakan Anwar Ibrahim kaki betina dan kaki iwat jantan sehingga beliau menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai Aljuburi?

Anwar pernah menggelar Nik Aziz sebagai Wali Selipar,  oleh itu perlulah Anwar menjilat kaki Nik Aziz untuk memohon keampunan.