Terjemahan MySinchew:
Pertama kali Najib umpamakan subsidi minyak sebagai candu yang menggemparkan, kerana rakyat di negara kita telah puluhan tahun gunakan bantuan subsidi; adakah subsidi itu bermakna kita telah hisap candu selama puluhan tahun juga?
Candu juga dinamakan Opium, dihisap untuk kesihatan panjang umur, jika digunakan berlebihan, ia akan memudaratkan pengguna dan pengguna candu akan alami penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian. Pada akhir zaman Mancuria ramai orang-orang China menghidap candu, dan telah dinamakan penyakit Lelaki Timur.
Jika subsidi itu dikatakan Candu, bermakna ekonomi negara ini telah diracuni lama, ia perlu lalui pencegahan yang amat pahit dan kesakitan untuk membuangnya, keluarkan toksin dalam badan, baru dapat pemulihan anggota badan itu. Adakah candu dan ketagihan ini dapat dibendung, itu kena lihat keazaman bagaimana rakyat di negara kita atasinya.
Kerana subsidi rakyat negara kita dapat berkembang dengan jayanya dan bersemangat tinggi, apabila ubat candu ini telah menjadi kebiasaan di dalam badan kita, rakyat semakin tidak cukup-cukup dan sentiasa mahu lebih banyak subsidi, sehinggakan telah berlaku subsidi berlebihan, menyebabkan diri itu menjadi malas, semangat meredum, persaingan dan produktiviti semakin menurun.
Sebab itu tarik balik subsidi itu akan memberi ruangan kepada negara ini tingkatkan ekonomi dan dalam jangka panjang ia memberi banyak manfaat, dan ia boleh elakkan kebergantungan rakyat pada subsidi, dengan itu ia akan memotivasikan kreativiti rakyat negara ini.
Tetapi yang meracun ekonomi negara bukan hanya Candu sahaja, ia termasuk juga tongkat, polisi mendukung dan lain-lain subsidi.
Bekas perdana menteri kita Mahathir pernah menggunakan isu budaya tongkat kritik orang-orang Melayu yang sudah kebiasaan mengharapkan bantuan pihak kerajaan; jika kita lama gunakan tongkat akhirnya nanti kita tidak boleh berjalan kaki lagi, apabila melalui jalan berliku dan berlubang, dikhuatiri orang lain yang akan mendukung kita untuk bergerak.