Ahad, 22 Mei 2011

Tanah Runtuh : Siasat sampai akar umbi

Pembangunan di atas dan lereng bukit. Kejadian tanah runtuh sudah jadi macam isu gempa bumi yang tak pernah sunyi.

Semalam tanah runtuh di Hulu Langat yang meragut 16 nyawa. Dalam tempoh 5 tahun akan datang banyak lagi kes seperti ini bakal menjadi hot topic di media.

Di mana? Kena jalan dan tengok sendiri lah. Bukan di bandar saja tetapi di kampung-kampung nun jauh di pedalaman.

MKN kena giat buat iklan dan short movie di tv untuk mendidik rakyat kita yang tidak peka dalam isu ini. MKN juga jangan takut untuk mededahkan lokasi bahaya.

Pernah seorang pegawai MKN dalam ceramahnya takut untuk mendedahkan bahaya kerana katanya pemaju telah belanja jutaan ringgit tetapi bila kita dedahkan bahaya ia akan menyebabkan pemaju rugi.

TM terkedu sekejap bila dia kata macam tu. Sapa kenama pegawai tu, lupa dah nama dia, tetapi kalau tengok masih ingat, pakaian style 70an, rambut pun macam Aleeycat kecil jer tubuh dia. Waktu tu dia bercakap bab bencana alam, bukan bab politik.

PBT pun satu , jangan lah makan rasuah, meluluskan projek-projek walaupun ia bakal menjadi tanah perkuburan tragis. Tak percaya pergi ronda ke keseluruhan Bukit Antarabangsa Ampang.

Orang kampung pula buat bangunan tanpa perlu mendapat kulusan PBT. So siapa yang bagi khidmat nasihat dan consultation kepada mereka? Di sinilah perlunya peranan ketua kampung dan wakil rakyat. Jangan lah sudah terhantuk baru terngadah.

MKN pun kena main peranan dalam mentarbiahkan orang kampung. Orang bandar lantaklah sebab mereka dah tak percaya kepada kerajaan.

Orang kampung walaupun dilabelkan kurang bijak tetapi mereka bersyukur akan nikmat Allah cuma ada part-part yang mereka kurang arif.

Dah la melayu semakin hari semakin pupus. Kita tak mahu lagi lihat 30 anak anak melayu mati terbakar di asrama anak anak yatim, 30 mati kerana tertimbus, 30 mati kerana lemas dalam sungai sewaktu program perkhemahan dan lain-lain insiden.

Bersambung/.....

Opps! DENGAR CERITA ADA PEMBALAKAN HARAM DI ATAS BUKIT TU.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.