Sabtu, 4 Jun 2011

Badan Kerajaan, kaki dan tangan pembangkang, kepala penuh semut

Satu cerita menarik untuk dikongsi bersama pagi ini.

Seorang ibu yang bersemangat dan berjiwa Umno telah menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap penjawat awam hari ini. Beliau ditemui dalam persidangan Wanita Umno Bahagian Taiping Ahad lepas.

Katanya yang hairan dengan sikap kaki tangan kerajaan yang seolah-olah dikuasai oleh parti jumud Pas dan Pkr.


Beliau hairan, kenapa ramai kakitangan kerajaan yang baru diambil adalah daripada anak-anak orang Pas

Tambahnya , ramai anak-anak melayu di Uitm pun menentang kerajaan, apa lagi yang ada di UIA, USM . UM. UKM dan banyak lagi.

Pergi tengok sendiri, kebanyakan kakitangan  yang baru diambil adalah orang depa. Ustaz, JPJ, J-Qaf, KPLI, JKR, Penjara, Jabatan air seperti LAP di Perak dan hampir semua jabatan mengambil pekerja baru adalah dari kalangan anak-anak orang Pas.

Kenapa bodohnya kerajaan kita?

Jawapan TM kepada mak cik tu begini bunyinya.

"Mak cik!. Bila pegawai-pegawai atas yang dah ramai jadi orang kuat Pas, depa mestilah ambil puak-puak depa. Anak Pas minta apa pun dapat, anak Umno tak dapat,

Justeru, yang penuh kerja dengan syarikat-syarikat swasta adalah anak orang Umno yang taukenya mungkin Dap.

Dalam interview atau ujian bertulis, orang Pas akan letak kod-kod rahsia pada kertas supaya pemerika senang bagi markah tinggi.

Alaaa mak cik, dalam Suruhanjaya piliharaya pun ramai puak-puak pembangkang, nak hairan apa? Satu lagi cuba kita tengok setiap kali pilihanraya. kebanyakan Ketua Tempat Mengundi dan Kerani Mengundi adalah orang Pas.

Oleh itu, tak salah lah jika TM melabelkan jabatan kerajaan hari ini  hanya badan sahaja kerajaan BN tetapi kaki , tangan dan anggota lain adalah pembangkang yang kepalanya penuh semut yang busuk.