Ahad, 12 Jun 2011

Fw: AMARAN AMARAN AMARAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Sat, 11 Jun 2011 23:54:27 +0800
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>; <norlizaizul@gmail.com>; <irwanfahmi@hotmail.com>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: AMARAN AMARAN AMARAN

          Amaran Amaran demi Amaran sahala yang boleh dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap Perhimpunan yang akan diadakan oleh BERSEH pada 09 july akan datang, Nampaknya itu sahaja kuasa yang ada kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia ini , Tak sama dengan Menteri Dalam Negeri diNegara-Negara lain di seluruh Dunia ini. Oleh yang demikian kami ingin mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk memilih Menteri Dalam Negeri jangan dipilih dari orang Politik (kalau boleh).

          Menteri Dalam Negeri jangan dipilih dikalangan orang Politik sebab orang Politik yang jadi Menteri Dalam Negeri takut untuk bertindak terhadap orang Politik kerana semua orang Politik bersaudara sepusat sepusing mak lain pak asing-asing dan satu lagi hal yang tak dapat dielakkan ialah ada kompromi demi kepentingan Politik yang perlu dijaga sanggup melihat Pasukan Keselamatan terutama pihak POLIS yang menjadi mangsa kepada keadaan dan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggong jawab ini

          Sebagai nasihat dan pandangan jangan pula Menteri Dalam Negeri kalau-kalau terbaca kenyaatan ini atau di beri oleh pihak tertentu merasa bekecil hati diatas cadangan kami ini , Tetapi kalau lebeh cepat Perdana Menteri bertindak membuat pertukaran lebeh baik lagi kerana rakyat sekarang didalam keadaan resah gelisah dan merasa tidak terteram  dan kalau ini tidak disekat takut-takut perkara buruk yang berlaku seperti tahun-tahun 90 an akan berulang kembali Mat Sabu patut dipanggil dan diberi tahu dah ramai Ahli-Ahli Pertubuhan NGO yang telah membuat laporan Polis diseluruh Negara supaya jangan membenarkan BERSEH mengadakan perhimpunan pada tarikh yang telah diumumkam, Atau sekiranyn Mat Sabu mengingkari arahan pihak Keselamatan kami harap tempat yang sesuai untuk beliau berehat ialah diSekolah  Undang-Undang diKem Tahanan Perlindungan Kamunting buat kali ketiga.

          Kepada Perdana Menteri tolong terima pakai pendapat dan pandangan rakyat sama, Kalau tidak mahu terima pandangan rakyat apa guna dicipta cogan kata rakyat didahulukan, Tak guna cipta cogan kata hanya sedap untuk didengar sahaja, Kami ingin melihat perubahan diKementerian Dalam Negeri ( KDN ) kerana diKementerian inilah bermula segala-segalanya, Kalau KDN tegas Negara akan selamat, Kalau KDN lemah Negara akan hancur, Kalau Kepimpinan tak mahu berubah takut-takutnya rakyat akan berubah dan mengubah,Jadi kalau rasa tak mahu diubah lebeh baik sendiri berubah ingatan iklas dari kami yang ingin melihat ketenteraman awam tidak BOLEH digugat oleh sesiapa pun.....!

Drp :Othman Mohd
TPPD Lms