|
Nota Kaki:
DS Hishamuddin Tun Hussein dilihat sebagai penakut dan tidak berani untuk bertindak terhadap ancaman yang semakin berani menggugat ketenteraman awam.
Ambiga dan Mat Sabu 121 yang bertopengkan sebuah NGO angin mengadakan satu himpunan besar-besaran ala Tahrir Square di Mesir. Demo yang kononnya akan dibuat secara aman hanyalah satu pembohongan semata-mata untuk menghalalkan segala perencanaan jahat mereka.
Dalam demo menentang kenaikan harga minyak. slogan yang dibawa oleh Anwar ialah "KAMI TIDAK AKAN BALIK SELAGI HARGA MINYAK TIDAK DITURUNKAN".
Bagaimanapun demo minyak naik gagal kerana habis ceramah Anwar yang balik dahulu, 9 Julai 2011 nanti, senarionya amat berlainan. Ia diramalkan menjadi satu demo paling ganas dan paling dasyat dan boleh menyebabkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 kembali berulang.
H2O perlu bertindak cepat dan mencegah dari awal lagi. Mat Sabu 121 dan Ambiga IFC menyokong murtad dari kalangan orang Islam perlu ditangkap dan disiasat untuk selama 2 minggu sekurang-kurangnya.
Siasat siapa yang mendalangi demo tersebut. Siasat akuan mereka. Sisat sehingga kelubang cacing dan jika bersalah atau boleh mengancam keselamatan negara, jatuhkan hukuman ke atas mereka SEGERA.
Hari ini rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tertanya-tanya dan ternanti-nanti apakah tindakan yang akan diambil oleh H2O.
Rakyat berasa terkilan kerana KDN dengan pantas menggantung dua pegawai imegresin berikutan perbuatan ketuk ketampi ke atas warga Singapore.
Malaysia juga perlu menahan pilot jet pejuang Singapore yang hukum mereka ketuk ketampi kerana menceroboh ruang udara Malaysia.
Apakah H2O takut dengan ISA? Ini kerana tohmahan pembangkang menyatakan bahawa zaman pentadbiran Tun Hussein Onn adalah era ISA. Ini kerana pada ketika itu paling ramai rakyat menjadi orang tahanan di bawah ISA.
Apakah H2O akan membaiki rekod ayahnya?
Hari ini dalam keadaan kritikal. H2O perlu bingkas dan bertindak cepat.
Tadi TM ada menulis artikal Pegawai Rela yang menjadi tonto kepada taiko dadah di Kuala Sepetang Perak. Harap KDN dapat menyiasat laporan individu yang dibuat di balai polis tersebut.
Jika beliau bersalah kerana menggangu tugas anggota keselamatan, sila hadapkan tonto tersebut ke mahkamah.
Seorang sahabat yang juga Timbalan Ketua Bahagian Umno Taiping Sdr Ton Zailani Hj Mat Darus PMP, AMP, PPT menyatakan kekesalannya terhadap Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang diibaratkan hanya pandai mengelak silat, tetapi tidak pandai bersilat dalam erti kata sebenar. Tambah beliau H2O hanya pandai mencium dan menghunus keris semasa dalam PWTC sahaja dihadapan pemuda. tetapi hakikat sebenar beliau amat takut dan ingin menjaga kerusinya dan kedudukannya dalam politik, bukan untuk rakyat dan negara.
Apakah H2O masih takut dan masih phobia dengan peristiwa mencium dan menghunus keris yang menjadi hot topic dalam akhbar bukan melayu?