Rabu, 22 Jun 2011

Saifudin terus meroyan kerana bakal kehilangan Boss tersayang

Wang zakat biayai yuran guaman menteri?
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali,"

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," katanya.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.

"Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat," katanya.

Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Nota Kaki:

Putar belit PKR dan Saifuddin Nasation berjaya memerangkap Jawi,  tetapi lagi pelik ialah tuntuan Anwar ialah bukan mengenakan qazaf atau menuduh Saiful. Sebaliknya Anwar mendesak agar beberapa nama di atas mengenakan qazaf terhadap Saiful.

Tidak kah itu satu putar belit yang pelik. Lain bengkak , lain pula yang menanah.

Wednesday, April 14, 2010

Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.'

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut dibuat oleh Hakim Mohd Shukor Sabudin.

Menurutnya, pihak pendakwa adalah sebuah badan bebas dan boleh mendakwa, atau menarik balik tuduhan.

Anwar mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan.

Dalam perhakiman yang dibacakan, Hakim Mohd Shukor berkata tugas pendakwaan adalah mengikut budi bicara sepenuhnya.

Katanya, Akta Peraturan Mahkamah Syariah Seksyen 58 (2) memberi kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan atau menghentikan prosiding.

"Sebarang kecuaian dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memikul beban bukti akan menyebabkan hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan dan keadilan yang sebenarnya.

"Dalam sistem keadilan Islam, amat besar kesannya apabila keadilan menjadi kucar kacir, tidak menentu, bercelaru serta berubah-ubah dan sebagainya,” katanya.

Dalam penghakimannya itu juga, hakim turut menegaskan bahawa ketua pendakwa syarie mesti bersikap adil dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana dalam memberi penghakiman.

Menurutnya sekiranya terdapat campurtangan daripada mana-mana pihak, ia dilihat sebagai "satu maksiat".

Sementara itu Anwar ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan hakim yang menerima bantahan awal responden.

"Beliau (hakim) menceritakan pendakwa raya mesti adil, tak boleh zalim. Dalam hukum (Islam) jelas mesti memulakan kuasa untuk mendakwa. Beliau menukil daripada beberapa pandangan (tokoh ulama terkenal) Wahbah Zuhaili, (dan) Ibn Qayyim Al-Jauzi.

“Semua itu untuk menutup hujah bahawa pendakwa tidak boleh tunduk kepada arahan politik, (dan) mesti bebas.

Katanya, walaupun “cukup jelas dituduh fitnah”, pendakwa sebagai pegawai rendah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan “tidak berani mendakwa”.

Sehubungan itu, setelah berbincang dengan peguamnya, Anwar berkata, beliau akan merayu terhadap keputusan itu, walaupun tidak terlalu mengharap.

Dalam prosiding pagi tadi, Anwar diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzzaman manakala pihak responden diwakili Zainul Rijal Abu Bakar.

Anwar rayu keputusan tolak mula kes qazaf

2010/04/24

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonannya bagi perintah supaya pihak pendakwaan memulakan prosiding tuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan itu difailkan peguam syarie Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini semalam, pada kira-kira jam 10.05 pagi.
Kamar Ainiah yang ditemui pemberita selepas memfailkan notis rayuan itu berkata, pihaknya tidak memfailkan alasan rayuan bersama-sama dengan notis itu kerana masih belum memperoleh alasan penghakiman daripada Mahkamah Tinggi.
Sementara itu berlaku sedikit kekecohan apabila Anwar yang turut hadir di mahkamah semalam dimaklumkan seorang lagi peguamnya, Dorina Abdullah pihak pendaftaran tidak boleh menerima notis rayuan itu.

Bagaimanapun, selepas semua pihak kembali semula ke pejabat pendaftaran, masalah itu berjaya diselesaikan selepas mendapat kebenaran Ketua Hakim Syarie.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengetepikan permohonan Anwar untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful selepas membenarkan bantahan awal oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali.

Ketiga-tiga individu berkenaan dinamakan sebagai responden dalam permohonan Ketua Pembangkang itu pada 7 Jun lalu yang memohon perintah mahkamah supaya Shamsuddin meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Seksyen ini adalah bagi mengelakkan seseorang individu menuduh orang lain berzina. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.