Rabu, 22 Jun 2011

Ketua Cawangan Umno N.Sembilan pun kecewa dgn Utusan?

"Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada akbhar Utusan, orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu.

Madrasah tidak sebar ajaran sesat

Sinar Harian 22 Jun 2011
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi.

“Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini. “Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini,” katanya pada sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang kelmarin.

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya.

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu menyebar ideologi JI.

Sumber: Facebook Fakatan Hanyir