Tindakan 12 adun Dap Sarawak enggan memakai pakaian istiadat dianggap satu pendedahan buruk sifat sebenarnya mereka. Walaupun tidak menjadi kesalahan tetapi perbuatan mereka tidak menghormati YTY yang merasmikan majlis tersebut.
Ini belum lagi menjadi pemerintah, sudah berani menunjukkan sikap biadap dan anti Raja dan TYT. Kalau mereka berjaya menguasai Parlimen sudah tentu sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan oleh mereka.
Ketua Pemuda Pas Perak Raja Ahmad Al Hiss baru terasa tentang betapa kurang ajarnya Dap, ia dapat dibaca dalam Malaysiakini .
Sikap Ketua pembangkang Wong Ho Leng Dap Bukit Assek Sibu mendedahkan kebodohannya dengan mengaitkan songkok sebagai lambang agama Islam. Wong adalah Cina yang keluarganya datang dari tanah besar China berketurunan Foochow yang mempunyai syarikat guamannya sendiri di Sibu.
Raja Ahmad hanya berani menyatakan kekesalan sahaja tanpa mengutuk atau mencela. Tantawi 100 masih mendiamkan diri , begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pas yang baru terpilih.
Nik Aziz dan Hadi Awang nak komen apa? SEKARANG SIAPA BODOH?