Khamis, 23 Jun 2011

KJ vs Perkasa siri 2

Isu Khairy Jamaluddin yang mendesak supaya YB Ibrahim Ali Presiden Perkasa dikenakan tindakan ISA nampaknya semakin melarat dan membabitkan Ketua-Ketua Pemuda Umno beberapa bahagian lain.

Terkini ialah kenyataan sokongan terhadap Ketua Pemuda Malaysia Khairy Jamaluddin yang disokong oleh salah seorang Ketua Pemuda Umno Perak. Selepas ini mungkin akan ada lagi kenyataan media yang menyokong KJ dari negeri-negeri lain juga, berkemungkinan.

Cuma TM menghormati Dato Razali Ibrahim yang tidak campur tangan dalam krisis KJ dan Presiden Perkasa,

KJ sepatut tutup mulut dengan kenyataan Ibrahim Ali, jika kita mendengar keseluruhan ucapan Presiden Perkasa, tidak ada apa-apa yang boleh mengancam negara.

Apakah KJ masih berdendam dengan Tun Mahathir ? Kita semua maklum bahawa Tun Mahathir menyokong Perkasa.

Perkasa sebagai sebuah NGO yang mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja dan Hak Istimewa Orang Melayu.

Perkasa hanya mempertahankan Hak Keistimewaan Malayu yang cuba di ragut oleh pihak yang cuba memperkosa kontrak sosial.

KJ anak kelahiran selepas merdeka dan beliau mendapat pendidikan awal sehingga universiti diluar negara, sudah tentulah beliau kurang arif dalam sejarah kenegaraan. Ia berlainan dengan DS Najib Tun Razak. Walaupun belajar di luar negara , jati dirinya tetap tinggi, kerana asuhan dan didikan seorang negarawan iaitu Tun Abd Razak.  Sikap KJ hari ini jelas menunjukkan beliau tidak patriotik dan tidak ada jati diri.

KJ sepatutnya mendesak supaya Ambiga , Mat Sabu dan Anwar Ibrahim di tahan di bawah akta ISA kerana cuba menumbangkan negara secara demonstrasi ala Medan Tahrir.

KJ sepatutnya menyatakan tindakan Ambiga dan pembangkang adalah tindakan menentang YDP Agong dan patut menerima hukuman seperti kumpulan Al-Maunah.

Pada tahun 2008, KJ telah melabelkan penunjuk perasaan dalam bersih(JIJIK 1.0) sebagai BERUK. Kini KJ ingin turun kepadang untuk berdepan dengan demo JIJIK anjuran Ambiga. Apakah KJ akan menjadi beruk?

TM masih ingat bagaiamana KJ cuba mensabotaj demontrasi Perkasa di Kedutaan Australia tahun lalu, Perkasa terlebih dahulu merancang demo tersebut kerana campur tangan dewan senat Australia dalam isu liwat Anwar Ibrahim. KJ telah mendahului setengah jam lebih awal dan mendominasi program yang dianjurkan oleh Perkasa.



Press release drpd Ketua Pemuda Umno Bhg Ipoh Barat,
Saya bagi pihak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat menyokong penuh kenyataan KP M'sia, YB Khairy Jamaluddin berkenaan "kenyataan Ibrahim Ali perlu disiasat"...memandangkan kenyataan beliau itu berbaur perkauman dan adalah satu ancaman besar kepada keselamatan negara...sehubungan dgn itu ibrahim Ali perlu disiasat dibawah akta Hasutan 1949.

Dengan ini Kami pemuda umno Bhg Ipoh Barat berdiri teguh menyokong kenyataan sdr KP UMNO/BN Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin diatas kenyataan beliau dlm akhbar Sinar Harian semalam demi PERPADUAN dan KEHARMONIAN rakyat negara ini...sekian terima kasih 
Selepas ini Ketua Pemuda mana pula nak sokong KJ?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.