Jumaat, 17 Jun 2011

Masjid Kampung Expo Kamunting terus menjadi gelanggang politik Pas

Pas berjaya merampas secara haram jawatankuasa masjid Kpg Expo melalui penipuan dan memperdaya OBJ Larut Matang dan Selama.[ rujuk posting lama].

Pas kerap menjadikan masjid ini sebagai gelanggang mereka untuk menghasut jemaah dan penduduk kariah agar membenci kerajaan.

Minggu lalu sekali lagi AJK menjemput khatib dari luar untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Khatib tidak membaca teks yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Perak. Khatib tersebut menyampaikan khutbahnya secara lisan dan akhirnya dengan sengaja tidak mendoakan kesejahteraan kepada Paduka Seri
Baginda Sultan Perak.

Masjid ini dijadikan gelangang Pas kerana mereka menyeru supaya ahli-ahli Pas dari kariah lain datang untuk berjemaah di masjid itu, penduduk kampung atau kariah masjid dihalau dari hadir ke masjid tersebut.  Caci maki dan ugutan diberikan kepada mereka yang enggan menyokong atau memberi kerjasama kepada mereka.

Bersyukur kita kerana usaha DAP untuk memecah belahkan keharmonian masjid di Pulau Pinang telah gagal. Jawatan kuasa yang ada kekal sehingga Disember 2012 akan datang.

sekian,