Ahad, 12 Jun 2011

Negara Kebajikan, Dap drebar bas, Pas jadi konduktor

2 ulasan:

  1. UMNO, BN perlu kerja keras tingkat persepsi rakyat

    12/06/2011 10:16pm

    KUALA LUMPUR 12 Jun – Jentera UMNO perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan lagi persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook, perkara yang lebih penting dalam politik adalah persepsi dan bukannya realiti.

    "Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti... pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam tangan Omega tidak terjawab sampai sekarang.

    "Sebab itu UMNO dan BN mesti tahu bagaimana kita boleh mempengaruhi minda dan citarasa rakyat supaya mereka lihat UMNO dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ampang di sini.

    Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

    Najib berkata justeru, UMNO dan BN perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan bagi menunjukkan ia lebih memahami aspirasi rakyat supaya realiti, persepsi serta sentimen rakyat lebih berpihak kepadanya.

    "Kerajaan telah buat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), kita ada pelan yang lebih terperinci, road map yang lebih jelas bukan macam pembangkang yang pandai berjanji. Mereka main dan jual janji tetapi kita tidak boleh sebab kita parti yang memerintah.

    "Kita mesti lebih daripada mereka, biarlah persepsi rakyat lebih baik dan meningkat daripada pihak-pihak lain. Kalau rakyat suka BN rakyat akan pilih, kalau benci mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka,” katanya.

    Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata UMNO juga mesti sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada tahun ini, tahun depan mahupun 2013.

    "Kita mesti bersedia bukan setakat dry run (pilihan raya) sahaja tetapi kena bersedia terhadap persepsi rakyat dan sentimen yang lebih baik, itu yang mesti diutamakan,” katanya. - Bernama

    BalasPadam
  2. Negara kebajikan....DAPigs sebagai drebar bas ...dan hamPAS jadi konduktor bas. Tidak lama kemudian.
    .. DAPigs tetap menjadi drebar. hamPAS di buang kerja kerana mereka pakai bas automatic..tak memerlukan konduktor lagi. Penumpang akan bayar sendiri wang tambang atau menggunakan kad tunai.

    Jika hamPAS tidak berhati-hati dalam hal demikian...akan berlaku lah saperti mana telah dan sedang berlaku di selatan semenanjung.

    Jangan terlalu yakin yang ini tidak akan berlaku...dan selalu lah beringat...yang sejarah boleh berulang lagi.

    BalasPadam