Rabu, 8 Jun 2011

PAS HANGIN DENGAN KEMENANGAN PAS RUMI

Seorang ahli Pas Perak telah menyuarakan kekecewaannya terhadap keputusan pemilihan kepimpinan Pas Pusat minggu  lalu.

Kekecewaannya kerana perwakilan yang hadir gagal mezahirkan hasrat sebenar Pas dengan memilih kumpulan kumpulan erdogan yang bukan ulamak.

Menurut beliau segala yang berlaku dalam Pas menunjukkan bahawa Pas akan hancur dan ditolak pengundi atas pagar yang menyokong Pas pada PRU 12 yang lalu.

Beliau juga baru sedar bahawa konsep negara kebajikan adalah helah kepimpinan Pas untuk menutup agenda asal iaitu membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sepertinya yang diwar-warkan oleh Tuan Guru DS Hj Hadi Awang.

Beliau juga tidak terkejut dengan kekalahan bekas menteri besar Perak iaitu DS Nizar Jamaluddin kerana baginya Nizar pengkhianat Pas yang telah menjadi barua Dap , beliau juga tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim mutlak ialah menyebabkan ramai yang membencinya.

Tambah beliau lagi Harakah sengaja memutarkan isu bahawa Umno gerun dengan barisan kepimpinan Pas yang baru sebenarnya adalah salah. Pas begitu gentar dengan barisan kepimpinan yang baru dan mengarahkan penulis Harakah menulis sebaliknya.

Katanya Mat Sabu kini menjadi liability kepada Pas,begitu juga dengan Husam Musa dan Salahudin Ayub yang sudah nampak tompok hitam dalam lipatan sejarah Pas. Buktinya sebaik sahaja Mat Sabu menang, media alternatif  mengungkit balik kes khalwatnya di Kelantan.

Nik Aziz dalam ucapannya yang menyokong Mat Sabu , jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz mencari jalan yang selamat untuk mempertahankan poltik beliau yang sepatutnya sudah sampai ke penghujung.

Sebagai seorang ahli Pas beliau akan mengundurkan diri perlahan-lahan dan tidak mahu lagi aktif seperti dahulu.

Siapa dia ? biarlah TM saja yang tahu...