Isnin, 6 Jun 2011

PAS pakar ciplak

Bila Dato Seri Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan telah membuatkan Pas iri hati dan menciplak slogan yang diilhamkan oleh Najib.

Lihat pelekat di belakang kereta kancil ini tertulis  Akidah di dahulukan, Syariat diutamakan. Pas dah kehabisan modal untuk memperdayakan pengikutnya.

Pemilik kereta ini ternyata pengikut Pas totok yang membabi buta. Pemimpin Pas telah mengeluarkan fatwa bahawa ayat  Al-Quran dilarang dan ditegah untuk dilekatkan di cermin kereta.

7 ulasan:

  1. mamat kaldai sekor msti pekak telinga. Degil, tak patut arahan PasBerg. Mcm na nk masok sorga?

    BalasPadam
  2. syukur alhamdulillah dgn penyiaran besar2an cerita muktamar pas 2-3hari lepas olih pihak media secara besar2an, sahabat2 aku dulu yg tegar umno dah mula tertarik hati dgn cara sistem pemilihan pas yg jauh lebih telus dari umno..terima kasih tv3..terima kasih utusan, berita harian tak lupa juga rtm..itulah org kata kita hanya merancang allah yg menentukan.

    BalasPadam
  3. SLOGAN SLOGAN SLOGAN DI SANA SINI

    KAH KAH KAH KAH KAH

    Bila selalu berkata bohong apakah akhirnya akan lari akidah?

    Bila selalu mencarot dan memfitnah, syariat telah didahulukan?

    Syariat atau Syarat?

    Nak sokong PAS mesti jadi babi buta, mesti pandai fitnah, mesti pandai putar alam, mesti pandai buat muka seposen, mesti tak lokek bagi sedekah,,, itukah syariat? atau Syarat?

    BalasPadam
  4. Betul ke rakyat didahulukan? Harga barang asyik naik saja. "Harga petrol perlu dinaikkan kerana kerajaan dah takde duit nak tanggung subsidi." (Takde duit selepas berpuluh2 tahun boros menguruskan negara). Tapi IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang dimiliki oleh para kroni dapat subsidi petroleum sebanyak lebih 20 bilion setahun. Ada duit pula ye bagi subsidi kepada syarikat kroni tu.

    Ini bukan rakyat didahulukan, ini KRONI DIDAHULUKAN.

    BalasPadam
  5. welkang kembara putih,

    harga minyak dunia naik, tak nampak ker jadual atas sebelah kiri.

    Harga minyak dinegara tak naik tetapi subsidi dikurangkan.

    Nampaknya Pas tak boleh terima kenyataan, eloklah suruh 4 negeri bagi subsidi paling rendah.

    Tunjuk kad ahli Pas dapat minyak RM 1.00 seliter.

    sebelum kritik IPP cuba lihat kenaikan harga air di pulau pinang dan kedah.

    Kelantan lagi teruk, bill jalan air tak ada, yang keluar ialah angin peh peh peh.

    Porah....mana negara Islam. kenapa tukar negara kebajikan bila digertak oleh DAP.

    BalasPadam
  6. Nak sokong PAS mesti jadi babi buta, mesti pandai fitnah, mesti pandai putar alam, mesti pandai buat muka seposen, mesti tak lokek bagi sedekah,,, itukah syariat? atau Syarat?
    Hang tipu...yg diatas adalah amalan umnoooooooooo

    BalasPadam
  7. Kalau subsidi ditarik maka harga petrol akan naik la..ada faham? Kenapa tak tarik subsidi IPP? Sudahlah IPP dapat petroleum pada harga subsidi 22 bilion setahun, jual tenaga elektrik kepada TNB dengan harga mahal tak masuk akal, sedangkan TNB mampu jana letrik sendiri. Lebihan elektrik dalam negara pun melebihi 40%, lebih dari yang disyorkan PBB. Kalau letrik TNB dah jana lebih kenapa perlu beli dari IPP dengan harga mahal lagi?

    Petrol ni di bawah kuasa kerajaan pusat, tunggu la PR perintah Malaysia dulu. Untuk makluman TARIF AIR TERTINGGI sekali di Malaysia adalah negeri JOHOR. Kampung saya di Kelantan takde pun masalah air macam tu, kamu bukan orang Kelantan mana nak tau, harap dengar khabar angin dari Mustapha Mohamad je.

    BalasPadam