Isnin, 20 Jun 2011

Pencerobohan jet pejuang Singapore

BERNAMA - 2,508 Violations Of Malaysian Air Space By Singapore Jets Since 2008, Dewan Told
Published with Blogger-droid v1.7.1

1 ulasan:

  1. Pakcu Rantau Panjang20 Jun 2011 10:48 PTG

    Salam buat tuan.

    Maruah dan kedaulatan negara adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Jika kita terlalu longgar dan ambil remeh terhadap pencerobohan orang asing ke negara kita maka tentunya nilai diri dan negara akan tercalar.

    Biarpun kita berjiran tapi perundangan yang ada tidak meletakkan sesebuah negara lain untuk sewenang-wenang mecabuli ruang udara apatah lagi seinci Bumi milik kita untuk semudah itu diserahkan.

    Kadangkala kita perlu berdiplomasi kadangkala kita perlu bertegas. Jangan biarkan kelembutan kita memberi sangkaan dan ruang untuk orang lain meminjak Bumi ini sesuka hati.

    Pengawasan dan pemantauan perlu dibuat bukan sekali sekala malah perlu dikekalkan terutama di dua bahagian perbatasan Thailand dan Singapura maupun di Sabah/Sarawak.Jangan pula bila sudah jadi milik orang maka kita pula yang merayu-rayu wal hal persempadan di peta tidak sama dengan yang tercatat pada peta topo kerana perubahan geografikal boleh menyebabkan kejadian diluar sangkaan.

    Tahniah pada kerajaan Malaysia kerana telah meletakkan pihak yang berkuasa di perbatasan Thai-Malay.....walahualam

    BalasPadam