Selama 2 jam 20 minit ceramah bongkar yang disampaikan oleh Ummi Hafilda malam ini cukup berapi. Bila ditanya ceramah ini untuk kali keberapa, Umni menyatakan ceramah bongkar ini sudah lebih daripada 100 kali.
Ummi semakin yakin dan semakin berani mencabar Anwar. Umni juga mencabar Anwar supaya menyaman beliau.
Kesempatan ceramah ini, Ummi bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak pernah tidur dan berzina dengan Beginda Azman Dayak yang menjadi balaci Anwar.
Pada 19 Julai Ummi Hafilda sekali lagi akan turun ke Kampung Pasir di Batu 4 Kamunting di bawah Parlimen Taiping.