Jumaat, 10 Jun 2011
Pt 1 | Hishamuddin Rais: Negara Ciplak
Video ini telah ditonton oleh 32 783 orang, impaknya amat besar kepada rakyat Malaysia.
Hujah awalnya memang ada benarnya, bila dia sebut erti kemerdekaan itu di dapat tiket free untuk tengok wayang dan dapat minum Milo percuma.
Syarat kemerdekaan yang kita dapat pada tahun 1957 itu pun kita terpaksa akur dalam banyak perkara yang digariskan oleh British.
Bila Tukar Tiub menyebut minuman Milo diberi percuma kepada beliau pada sambutan Hari Kemerdekaan menunjukkan pengaruh Freemason sudah wujud di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi.
Tak percaya lihatlah banyak Freemason Hall terdapat di negara kita. ( Freemason Hall di Taiping dah lama dirobohkan).
Bab bendera Malaysia dan Lagu Negaraku tak payah nak pertikai lah walaupun ia ciplak dari lagu Dean Martin tetapi kita ubah suai juga. begitu juga bendera Malaysia, yang sama lah jalur merah, putih, bulan dan bintang kita cipta sendiri.
Kalau nak sebut ciplak kita tak boleh lah guna warna merah dan putih sebab warna tu dah digunakan oleh Amerika.
Kalau nak ikut cakap awak, Proton tak boleh lah buat kereta 4 tayar kerana ia ciplak dari kereta Ford. Kita kena ori mestilah buat kereta tayar 10 untuk membuktikan ori.
[sah pemikiran Tukar Tiup tak boleh diikut]
Bila pulak Umno kata Negara ini Umno yang punya. Umno dipilih rakyat setiap 5 tahun sekali untuk mentadbir dan menguruskan negara. [Sah bahawa Tukar Tiup adalah keluarga pemikiran Milo Free.]
Tukar Tiup juga salah dalam menuduh Umno mengaku negara ini khusus milik Umno , Itu salah.
Negara dan rakyat tidak celaru sebab Umno nak merdeka ,tidak mengenipakan kaum lain. Tukar Tuip mungkin tak tahu fakta bahawa Melayu, Cina dan India bersama-sama Tunku ke England untuk menuntut kemerdekaan.
Tukar Tiup patut hentam Pas kerana golongan Ulama( Fuad Hassan) yang keluar dari Umno kerana menentang idea Tunku untuk mengajak Mic dan Mca dalam satu ikatan yang dinamakan Perikatan.
Tukar Tiup banyak tak betul .