Selasa, 14 Jun 2011

Sedikit ulasan kenyataan Zahid Hamidi mengenai Unit Tempur Siber

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata

"UMNO perlu mewujudkan unit tempur siber yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber."

TM memang setuju, ini kerana Zahid berada dalam Kementerian Pertahanan dan sudah tentu pihak Tentera yang arif dalam pertempuran nampak akan kelemahan dan kepincangan jentera ini.

Setakat hari ini unit tempur yang betul-betul nampak bersistem ialah AIDC, MyKmu.Net, Perak Today, Team blogger di bawah kepimpinan Papa Gomo, UMB masih belum nampak mantap kerana masih berselerak. Umno HQ lebih kepada video di youtube, Umno Online selalu sangkut dan lambat dari segi maklumat.

Jentera tempur cyber Umno lebih bergantung kepada blogger sdn bhd. Antara mereka yang popular hari ini ialah Papa Gomo, GAP, House PK, MIM, Pisau, Flying Kick, RBF dan ramai lagi [rujuk top 20 blog di blog anak seberang].

Mereka masing-masing bergerak atas inisiatif sendiri yang menggunakan blogspot, wordpress dan terkini ialah tumblr.

Untuk memantapkan unit tempur cyber, networking adalah sangat penting, bank data perlu ada, unit risikan perlu ada, segala  isu yang ditimbulkan oleh pembangkang perlu dijawab cepat, jangan biar sejuk. Bahagian war room perlu menyalurkan maklumat kepada unit tempur cyber.


Ambil contoh Perak.

Perak ada Sekretariat Media Baru yang diketuai oleh YB Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin dan War Room Perak pula diketuai oleh Dato Haji Saarani Hj Mohamad Adun Lenggong.

Dua-dua mempunyai agenda masing-masing. War Room tak tahu apa Media Baru buat dan Media Baru tak tahu apa War Room buat.  Ini disebabkan carta organisasi tidak menggariskan hubungan antara dua hala.

Semasa bengkel anjuran Sekretariat Media Baru Umno Perak pada 26 Mei lalu , penceramah bertanya, apakah yang telah dibuat oleh war room dan siapa yang patut berada di war room. Banyak persoalan yang dikemukakan oleh penceramah mengejutkan vip yang hadir.

Dalam tentera, war room memang tersusun dan kemas, oleh itu diharapkan agar pihak Kementerian Pertahanan dapat turun ke negeri-negeri dan membantu Umno yang boleh dikatakan kurang bersedia dalam hal ini. Mungkin Umno selesa dengan istilah ketua 10. Menurut penceramah tersebut, strategi ketua 10 sudah lapok dan tidak boleh digunapakai lagi.

Justeru, yang penting hari ini ialah persediaan jentera pilihanraya Umno itu sendiri, Hari ini war room setiap negeri sepatutnya sudah 100 peratus mantap dan mempunyai head count terhadap setiap pengundi. Jika kurang pengundi usaha menambah bilangan pengundi perlu disegerakan.

Ia lebih penting daripada menganjurkan program yang hanya dihadiri oleh orang ramai yang tidak boleh mengundi.

Satu perkara yang nak disentuh di sini ialah siapa yang akan mengetuai war room di peringkat nasional, negeri dan bahagian?

Jawapannya ialah orang Nombor 2 disemua peringkat. Jika peringkat atas ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di negeri ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri atau Timbalan Menteri Besar atau Timbalan Ketua Menteri dan di peringkat bahagian ialah Timbalan Ketua Bahagian.

Cuma masalah yang timbul hari ini ialah banyak orang No 1 , tidak percaya kepada orang nombor 2 kerana takut kedudukannya terancam oleh pemilihan akan datang. 

bersambung/..........