Pembangkang menyatakan YAB DS Najib Tun Razak, takut dengan sajak A. Samad Said.
Betul kah, Najib takut? Sama-sama kita tengok siapa yang akan menangis, merayu dan jatuh pengsan kerana takut kepada FRU 9 Julai.
Sapa pula yang nak terkencing dalam black maria, dan dalam lokap.
A Samad Said perlu di tahan segera kerana sajak di bawah!
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.