Ahad, 19 Jun 2011

YB Dato Hj Shaarani Mohamad


Yb Shaarani Mohamad mewakili Menteri Besar menyampaikan ucapan perasmian Program Komuniti 1 Malaysia.

Beliau menyatakan kekesalan terhadap satu peristiwa seorang guru agama yang mengajar kuliah agama di masjid jamek Taiping.

Dalam kuliah itu guru tersebut dengan sengaja telah menyindir beliau kononnya kerajaan hari ini sedang berada diambang neraka sebab kerajaan sedang memberhalakan 1 Malaysia, lihat di tiang-tiang elektrik, telefon, di lengan baju, di seluar trek, semuanya bertulis 1 Malaysia.

Umno berusaha untuk mendewakan dan menjadikan 1 Malaysia sebagai berhala yang perlu disembah oleh rakyat sebagai agama baru Umno.

Beliau kesal kerana guru tersebut tidak menjalankan amanahnya yang diberikan untuk menyampaikan ilmu sebaliknya menggunakan peluang untuk berpolitik. Sebagai guru agama untuk menyokong pembangkang adalah haknya tetapi sewaktu menjalankan tugas dan menerima gaji dari majikan beliau tidak boleh berbuat demikian.

Tugasnya ialah menyampaikan ilmu akhirat, bukan menghasut rakyat atau anak didiknya membenci kerajaan yang memberi dia gaji.

TM menyokong Dato Saarani kerana kita tidak boleh mempunyai kakitangan yang bersikap gunting dalam lipatan. Beliau berharap tidak terdapat kepada kaki tangan kerajaan seperti jabatan penerangan, Jasa, kemas dan sebagainya yang bersikap seperti guru agama tadi,

Elok benar amaran Dato Saarani dan jika ada yang ingin berpolitik untuk pembangkang silakan berpolitik dan lepaskan jawatan, ramai lagi yang penganggur yang belum ada kerja.



Published with Blogger-droid v1.7.1