Jumaat, 1 Julai 2011

365 hari tak cukup lagi ?

Salah satu tuntutan rally jijik 2.0 (2011) ialah menuntut tempoh berkempen 21 hari. Apa yang berlaku sekaran ialah mereka memperolehi 365 setiap tahun untuk berkempen. Adakah itu tidak cukup lagi?

BN parti yang memerintah tidak mampu mengikut rentak mereka, kerana wakil rakyat mempunyai tugas kepada negara dan tugas kepada pengundi serta rakyat.


Anwar, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Nik Aziz boleh dan mampu berceramah sepanjang hari  kerana mereka tak ada kerja. Tak perlu terbang ke luar negara untuk menarik masuk pelaburan. tak perlu berjumpa pengundi dan rakyat di kawasan masing-masing.

Tak pecaya tanya pengundi kawasan Kapal Sink. Apa dia buat sepanjang karrier politiknya. Berapa ribu rakyat dapat bantuannya? Berapa juta peruntukan beliau kepada rakyat, berapa kilometer jalan yang disiapkan oleh beliau?

Mat Sabu, hari hari mampu berceramah, sebab dia bukan wakil rakyat. Bob Lokman pun sama sejak jadi penganggur dari dunia hiburan, masjid dan surau menjadi tempat beliau cari makan.

Bukan susah, bagi salam dan selawat, balun sapa saja yang dia benci....nak balik dapatlah 300 atau 500, kalau setiap malam 500 wow kaya tu,,,,boleh beli rumh busat laaa macam Azli Janggut yang berjaya beli rumah setengan juta ringgit.

Agaknya kalau tempoh kempen 21 hari, makin kencang lah pendapatan penceramah Pas.