KES USTAZ ZAMIHAN BALAS SAMAN ASRI WAHHABI RM100JUTA
Pada 20hb Julai 2011 Rabu antara jam 3.00petang hingga 4.30petang telah berlaku satu peristiwa yang mana perbicaraan kes saman antara Tokoh Ahli Sunnah Wal Jama'ah iaitu Ustaz Zamihan Bin Mat Zin dengan tokoh Wahhabi iaitu Us. Mohd Asri Bin Zainul Abidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam bertempat di Menara MRCB kota Anggerik Shah Alam di tingakat 6 sebelum cuba dibawa kandang perbicaraan di tingkat 3.
Pada kali ini ia berkisarkan mengenai Ustaz Zamihan membalas kembali saman Mohd Asri. Sebelumnya Mohd Asri telah menyaman Ustaz Zamihan dengan menghantar notis samannya sebenyak RM 10 juta, maka kini Ustaz Zamihan pula membalas saman ke atas Mohd Asri dan beberapa pihak lain yang terlibat menjadi jumlah saman sebanyak RM 100juta. Wooo. Banyak tu...Sebenarnya Ustaz Zamihan bukan nak duit dari Asri melainkan ingin memberi peringatan tegas pada beberapa perkara termasuk ia kerana yang MEMULAkan saman dahulu adalah Mohd Asri sendiri. Asri pada mulanya menyaman Ustaz Zamihan pada isu sijil Asri di Universiti Jordan yang akan dibongkarkan dibawah ini nanti dan juga yang akan dibongkarkan adalah apakah tuduhan Mohd Asri ke atas Ustaz Zamihan sehingga membawa kepada saman balas.
Mari kita perhatikan satu persatu;
ISU SIJIL ASRI
Asri telah menyaman Ustaz Zamihan sebanyak RM10juta atas alasan kononnya Ustaz Zamihan menyanggah sijil pertamanya Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan. Asri marah apabila Ustaz Zamihan menyatakan sijil Ijazah Sarjana Muda Mohd Asri adalah BUKAN pada Syariah tetapi pada SASTERA. Manakala waktu yang sama amat jelas Mohd Asri mencanangkan kepada umum bahawa dia memperolehi Ijazah Sarjana Muda (B.A) Bahasa Arab/SYARIAH.
Penambahan oleh Mohd Asri perkataan SYARIAH pada Ijazah Sarjana Muda tersebut adalah pembohongan yang nyata berdasarkan dari sijil yang dia paparkan sendiri.
(klik pada gambar untuk besarkan)
Mari kita lihat/kaji.
1- Dengan jelas lagi bersuluh bahawa sijil Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Jordan tersebut tertulis yang bermaksud IJAZAH SARJANA MUDA SASTERA dan...sama sekali bukan IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB/SYARIAH seperti yang didakwa/dicanang oleh Mohd Asri.
Disinilah yang dipertikaikan oleh ramai para ustaz bekas penuntut di Jordan. Apa yang sering didakwa Mohd Asri bahawa dirinya mempunyai B.A Ijazah Sarjana Muda dalam B.Arab danSYARIAH adalah suatu pembohongan jelas. Sebenarnya Ijazah Sarjana Muda (B.A) tersebut adalah hanya pada SASTERA.
Mari lihat biodata Mohd Asri yang dia sendiri catatkan mengenai pendidikannya dilaman internetnya sendiri;
PENDIDIKAN FORMAL:
- Sek Men Agama Al-Irsyad, S. Perai, P.Pinang
- Kolej Islam Klang
- B.A (hons) B. Arab/Syariah University Of Jordan
(klik pada gambar untuk besarkan)
Perhatikan pada dakwaan/pengakuan Mohd Asri sendiri bahawa dia mempunyai Ijazah Sarjana Muda (BA hons) B.Arab/SYARIAH. !
Sekarang kita tanya pula mereka yang lebih berautoriti menterjemah sijil Ijazah Sarjana Muda tersebut iaitu Institut Terjemahan Negara dan terjemahan dari Institut Terjemahan Negara adalah seperti berikut;
(klik pada gambar untuk besarkan)
Amat jelas terjemahan sijil Ijazah Sarjana Muda (B.A) tersebut adalah pada SASTERA dan sama sekali BUKAN sijil Ijazah Sarjana Muda B.Arab/SYARIAH seperti yang dicanang oleh Mohd Asri.
Dengan ini pembaca Yang Arif dapat menilai pembohongan tokoh Wahhabi Mohd Asri ini bukan sahaja pada fakta agama tetapi jua pada sijilnya sendiri.
2- Sepekara lagi, pada isu sijil Asri ini juga, jika pembaca budiman Yang Arif amati secara terperinci dan fokus maka seseorang yang teliti akan nampak secara jelas pembohongan tokoh Wahhabi Mohd Asri dalam isu sijil ini.
Bagaimana? ok! Mari kita teliti dan amati lagi.
Mohd Asri tokoh Wahhabi ini beria-ria dan bersungguh benar memanggil wartawan dan seluruh alam untuk melihat dan menayangkan sijil dan secara terang Mohd Asri BIN Zainul Abidin mendakwa sijil yang ditayangnya itu adalah sijil miliknya. Cukup BANGGA Mohd Asri BIN Zainul Abidin merakamkannya dengan video dan dipaparkan gambar sijil tersebut.
(sila perhatikan molek-molek pada nama pemilik sijil tersebut)
PERSOALAN dan terkantoi yang melucukan disini adalah ! ;
Sijil yang ditayangkan itu dan didakwa pula oleh tokoh Wahhabi ini (Mohd Asri BIN Zainul Abidin) ia adalah sijil miliknya,
Persoalannya! adakah benar itu sijilnya atau ia sijil orang lain yang bernama Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman (anak kepada pak Uthman) ?!
Pembaca Yang Arif sekalian boleh melihat dengan jelas pada gambar sijil, video yang ditayangkan oleh Asri sendiri dan juga pada terjemahan sijil tersebut amat JELAS ianya adalah milik seorang lelaki anak kepada Uthman dan bukan anak kepada Zainul Abidin.
Sedangkan pabila kita perhatikan pada nama tokoh Wahhabi ini adalah MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN yang mana ayahnya bernama Zainul Abidin dan bukan MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN yang ayahnya bernama UTHMAN, manakala yang ditayangkan sijil itu milik seorang lelaki bernama Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman (iaitu anak kepada pak Uthman).
Alahai...kesiannyalah anak pak Uthman tu sijilnya dicuri oleh Asri Wahhabi ini kemudian Asri Wahhabi ni panggil pula beberapa orang bodoh untuk diperbodohkan lagi tunjuk kononnya itu sijil miliknya. Wahai Asri Wahhabi..tolonglah pulangkan sijil yang kau tayangkan itu kepada pemiliknya yang sebenar iaitu anak kpd Pak Uthman yang nama penuhnya adalah Mohd Asri Zainul Abidin BIN Uthman ! plzzz! Ya! Nama pemilik sijil tersebut hampir mirip dengan nama Asri Wahhabi cuma ia berBINkan orang lain.
Nama kau adalah Mohd Asri BIN Zainul Abidin. Ayah kau bernama Zainul Abidin dan BUKAN UTHMAN seperti dalam sijil yang kau tayang-tayang tu.
Dalam sijil tersebut tertulis ianya adalah milik seorang yang seakan-akan namanya mirip Asri Wahhabi:
محمد عصري زين العابدين بن عثمان
terjemahannya : MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN
Dialah pemilik sijil tersebut. Anak kepada pak Uthman itulah pemilik sijil tersebut! dan bukan Asri Wahhabi ini yang namanya wujud seakan-akan nama pemilik asal sijil tersebut.
Lihat nama sebenar Asri Wahhabi ini yang dia sendiri nyatakan dalam laman sesawangnya adalah MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN محمد عصري بن زين العابدين ;
lagi bukti Asri Wahhabi bernama Mohd Asri BIN Zainul Abidin;
Manakala dalam sijil tersebut adalah nama orang lain iaitu MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BIN UTHMAN
محمد عصري زين العابدين بن عثمان
Sudahkah pembaca Yang Arif faham? saya percaya pembaca yang arif lebih cerdik dari pemalsu sijil ini.
*Percayalah wahai pembaca Yang Arif sekalian ! setelah Asri Wahhabi menyalahkan Ustaz Zamihan dalam isu sijil ini maka kemudian kelak Asri Wahhabi ini juga tidak segan silu menyalahkan pula Universiti Jordan yang terkemuka itu.
Mustahil sebuah universiti terkemuka seperti Universiti Jordan SALAH menulis nama pemilik sijil yang dikeluarkannya. Nantikan bayaran yang mahal untuk pembelian sijil atas nama sebenarnya pula.Nantikan Asri Wahhabi ini akan berkata : "Oh! Universiti Jordan TERSILAP tulis nama pada sijilnya" atau nantikan Asri Wahhabi ini memusing/memperbodohkan orang ramai dengan mendakwa: "nama saya ada pelbagai BIN ...BIN itu ...BIN ini...macam-macam adaaa..."
Saya mahu tuan2&puan Yang Arif sekalian mengamati sebenar-benarnya tunjukan sijil dan ayat-ayat Asri Wahhabi yang diperkatakan dalam video di atas dengan bangganya. Kemudian bayangkan/ bezakan dengan kenyataan-kenyataan yang akan keluar dr mulut Wahhabi Asri ini.
Nantikan Asri Wahhabi ini akan menyalah Universiti Jordan dan nantikan juga siapa sebenarnya ayah kepada Asri Wahhabi ini? Wahai Asri Wahhabi..Siapa nama ayah kau??! Abdul Talib?? Zainul Abidin??! atau apa nama sebenar ayah kau? kau ada ayah ke? jika ada apa namanya? Apa nama sebenar ayah kau? UTHMAN ke ZAINUL ABIDIN??
Pembaca sekali pasti teringat satu fatwa yang dikeluarkan oleh Mohd Asri BIN Zainul Abidin ini iaitu dia MENGHARAMKAN seseorang merubah atau menukar nama bapanya. Subhanallah! Allah nak tunjuk! Jika Allah tunjukan keatas Syiah yang menuduh Saidatuna Aisyah isteri nabi melakukan zina ..tub tub..tiba-tiba perkara tersebut berlaku pula dan kembali secara hina kepada mereka iaitu mereka Syiah mengamalkan Mut'ah dan ia adalah zina.
Maka jika Asri Wahhabi ini sering mencari publisiti murahan dengan fatwa entah apa-apanya maka jelas ia terpalit kepada dirinya sendiri. Yang jelas sijil yang ditunjukkan Asri Wahhabi itu BUKAN sijil miliknya sendiri tetapi sijil milik orang lain yang namanya seakan-akan seperti nama Asri Wahhabi ini.
ISU ASRI WAHHABI TOHMAN USTAZ ZAMIHAN
Diakhir pembuktian jelas ini apa yang dipaparkan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi ingin menjelaskan bahawa fahaman Wahhabi yang mendakwa dirinya alim sebenarnya amat hina dan tidak bernilai dek kecetekan ilmu tapi terasa alim seolah air najis dikandang khinzir kerana menyamakan Allah dengan makhluk.
Dan lihat bagaimana fitnah dilontarkan Asri kepada seorang pegawai JAKIM (Zamihan Mat Zain) dan dilarang berceramah di Perlis bahkan datang ke Perlis pun tidak dibenarkan. Sila fokuskan pada pengakuan Asri sendiri di bawah pada minit ke 1:15-akhir. Siap sebut Menteri Besar pun tak bagi ceramah dan dilarang pegawai JAKIM tersebut.
Kemudian Asri turut menuduh pegawai JAKIM tersebut mengkafirkan dan menghukum sesat sahabat Nabi yang bernama Mu'wiyah dan dituduh menghukum sesat kerajaan Saudi Arabia.
Sekian. Oleh anak pak UTHMAN......."pulangkan sijilku yang kau curi tu...! "