Khamis, 21 Julai 2011

Setiap peserta demo berShit 2.0 mendapat upah lumayan

Info terus diterima mengenai upah yang dibayar kepada peserta rusuhan pada 09 Julai lalu. Seorang saksi telah memaklumkan peserta yang dibawa dengan bas dari utara telah dibayar RM 100 permulaan dan dalam perjalanan dibayar lagi RM 200 setiap orang.

Bayaran tersebut terpaksa dibuat kerana misi mereka untuk ke Kuala Lumpur gagal setelah bas mereka dihalang oleh pihak berkuasa untuk ke Kuala Lumpur.

Sebelum bas berpatah balik perserta demo menuntut baki wang dan pihak penganjur terpaksa membayarnya walaupun misi gagal.

Proses pembayaran dibuat semasa bas berhenti di RR Bukit Merah.