Selasa, 19 Julai 2011

GEMPA BUMI SEDERHANA MELANDA TAIWAN MALAM INI


Taiwan
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) — Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.2 pada skala Richter melanda rantau Taiwan  pada pukul 10.49 malam ini.
Jabatan Metereologi berkata bahawa pusat gempa ialah 166km tenggara Taipei dan 1,958km timur laut Kudat, Sabah.  Gempa bumi ini tidak menyebabkan tsunami, menurut jabatan itu dalam kenyataan di sini.