Selasa, 5 Julai 2011

Kamu tidak kenal saya, saya YB Sivakumar!!!

Ayooo Yoo Yenna Solle..


Ekoran beberapa aduan oleh penduduk kampung dan penunggang motoriskal mengenai lembu yang dipelihara oleh individu tertentu berkeliaran disekitar kampung-kampung sehingga menyebabkan beberapa kemalangan yang berlaku, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah menghantar sepasukan penguatkuasa untuk menangkap dan menyita lembu-lembu tersebut.

Setelah beberapa ekor lembu disita dan diletakkakan dalam jagaan MDBG YB Sivakumar telah membawa rombongan berjumpa dengan Setiausaha MDBG untuk mengambil semula lembu-lembu yang telah disita.

Walaupun beberapa kata-kata yag tidak menyedapkan dihambur rombongan datang berjumpa dengan Setiausaha Majlis untuk minta dilepaskan dan diserahkan semula kepada individu tersebut. Apabila SU MDBG tidak mahu mengikut arahannya Sivakumar dengan lagaknya mengatakan “kamu tidak kenal saya, saya YB Sivakumar dan saya pernah jadi speaker DUN negeri Perak”

Walaupun beberapa kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari seorang YB, SU MDBG tetap tidak mahu lepaskan semua lembu-lembu yang telah disita.

Penternak hanya boleh mengambil semula binatang belaannya yang disita oleh MDBG dengan membayar kompaun kepada MDBG.

Dakwaan YB Sivakumar terhadap Setiusaha Majlis Derah Batu Gajah Ipoh,bahawa MDBG tidak boleh bertolakansur adalah salah sama sekali, SU MDBG hanya melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya Sivakumar tidak layak melakukan menganggu provokasi sedemikian
kerana ini akan menggangu proses penguatkuasaan oleh MDBG

Di petik dari Perak Today