Sabtu, 2 Julai 2011

Kemalangan KM 256.7 arah Utara. ( Terowong Menora)








Kemalangan ini berlaku pada jam 1313hrs melibatkan dua buah lori yang sarat muatan. Kemalangan berlaku di KM 256.7 ke arah Utara berhampiran Terowong Menora. Ia menyebabkan trafik perlahan sepanjang 6 KM.

Kira-kira 6.00 petang tadi,  keadaan lalulintas kembali pulih setelah muatan dan jalan dibersihkan oleh Propel.

Kemalangan seperti ini dapat dielakkan jika tindakan awal diambil oleh pihak bertanggungjawab seperti polis traffik dan PLUS untuk melarang lori yang membawa muatan berlebihan memasuki lebuhraya.

PLUS juga patut menubuhkan skuad ronda bermotosikal berkuasa besar seperti di Autobanh Germany untuk memantau keadaan kenderaan yang boleh membahayakan nyawa pengguna lebuhraya yang lain.


Foto oleh Panglima Hitam