Sabtu, 23 Julai 2011

KERAJAAN SETUJU BERI PERUNTUKAN KEPADA SPR UNTUK MEWUJUDKAN SISTEM BIOMETRIK

PENGUNDI HANTU YANG MENYEBABKAN PAKATAN HARAM MENAWAN PENANG, KEDAH, PERAK, SELANGOR DAN MEMPERTAHANKAN KELANTAN
Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan  sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini.