Sabtu, 9 Julai 2011

Lebuhraya PLUS tenang

Perhentian rehat Tapah kelihatan tenang malam ini di kedua-dua arah.

Cuma bilangan kenderaan tidak lah sebanyak hari hari biasa.

Kenderaan dikedua dua hala juga normal dan tenang.

Cuma semalam dan pagi tadi sahaja yang agak meresahkan kerana sekatan jalan yang terpaksa dibua untuk menghalang perusuh memasuki KL.

Peserta demo kebanyaknya meletakkan kenderan mereka di luar KL dan masuk menggunakan LRT, komuter dan sebagainya.

Sekali lagi mereka telah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk menjatuhkan kerajaaan, memang tak berkat.

Sedih melihat anak-anak Melayu dengan pensyarah masing-masing siap bawak adik-adik yang masih bersekolah rendah dan menengah untuk berdemo, habis berbau bendang dan bau kambing dan lembu di KLCC dan dalam LRT.

Tak tahu apa yang diperjuangkan, bila teringat tragedi hari ini, menitis air mata mengenangkan kebodohan bangsa sendiri. Ibu pertiwi di cemari anak sendiri.

Kini kenderaan berhenti di RR Bikam, tak banyak kenderaan tak sampai 8 buah , jauh berbanding hari hari lain.

Esok TM akan bersama PM, TPM dan Ketua Penerangan Ahmad Maslan. Mesti banyak perkara yang akan dikupas mereka mengenai isu menentang puak-puak ahzab dan khawarij.

Selamat beradu kepada rakyat Malaysia yang semalam tak lena tidur kerana risau akan anak-anak yang berada jauh di Kuala Lumpur.

Malam ni tanamkan satu semangat baru bahawa kita tidak rela negara kita dijajah semula walau apa cara sekalipun.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.