Jumaat, 22 Julai 2011

Mat Sabu makin gila

Sejak mendakwa dirinya dilanggar oleh stimrol polis sehingga kepala lututnya dipasang skru,Mat Sabu dikesan pula telah kehilangan satu skru dalam bubun dia.

Bubun terhentak ke jalan telah menyebabkan mereng sikit akai dia.

Tu pun tak sedaq diri lagi, bawa lah bertobat. Tok sah lah dok membohong sana sini.

Hari dok merepek nak saman polis dan nak saman SPRM pula. Tak kah sewel tu!.

Semakin hari semakin bengong. Tak lama lagi lari telanjang pula.

KPN: PDRM TIDAK HALANG MOHAMAD SABU SAMAN POLIS

    KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Polis tidak menghalang hasrat Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia
(PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan haram di
ibu negara, 9 Julai lepas.
    Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak boleh menghalang
mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan
pegawai polis sendiri.
    "Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang
profesional.
    "Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa
yang berlaku itu semalam (tayangan video)...terpulang kepada mana-mana pihak
untuk buat penilaian," katanya pada sidang media selepas majlis Penganugerahan
Balai League Table (BLT) Siri 1/2011 di sini hari ini, bagi balai polis terbaik
seluruh negara.
    Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai komen Mohamad di dalam
sebuah portal pembangkang yang mahu menyaman polis selepas didakwa melanggar
motosikal yang diboncengnya pada perhimpunan haram tersebut.
    -- LAGI
  
    POLIS-SAMAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
  
    Polis semalam menyiarkan rakaman video yang menunjukkan motosikal yang
dibonceng Mohamad tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika
melakukan pusingan U, motosikal itu terkena 'fender' Pajero polis di kawasan
Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang
kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.
    Ketika ditanya sama ada polis akan mengambil tindakan ke atas laporan polis
palsu dibuat Mohamad berhubung isu perlanggaran tersebut, Ismail
berkata:"Siasatan masih dijalankan ke atas dakwaan itu. Kita tak buat andaian
report polis itu palsu.
    "Siasatan juga masih dijalankan terhadap individu tertentu berhubung kait
dengan kesalahan yang berlaku semasa perhimpunan itu...tunggulah apabila lengkap
hasil siasatan kita nanti," katanya.
    Mengenai rancangan pertubuhan tidak berdaftar Bersih untuk mengadakan
perhimpunan haram di Putrajaya seok, Ismail berkata polis akan tetap menjalankan
tugas menjaga keamanan negara.
    "Saya nasihatkan pada mereka yang masih mahu menggusarkan hati rakyat, tak
perlulah...Walau apa pun, kita beri jaminan kita akan pantau keadaan. Kita juga
tak akan gentar untuk mengambil tindakan undang-undang yang bersesuaian ke atas
sesiapa pun," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.